Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457720
Title: Fikoremediasi efluen loji kelapa sawit (POME) dengan menggunakan scenedesmus dimorphus dan chlorella vulgaris
Authors: Kamrul Fakir Kamarudin (P57849)
Supervisor: Zahira Yaakob, Prof. Dr.
Keywords: Fikromediasi
Biodiesel
Biopemulihan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 19-Jun-2014
Description: Fikoremediasi adalah bidang baru dalam rawatan air sisa menggunakan pendekatan biologi iaitu biopemulihan, menerusi mikroalga sebagai organisma utama dalam menjalankan proses rawatan air sisa. Rawatan sisa menggunakan mikroalga telah diaplikasikan pada sistem rawatan air sisa domestik, dan keputusan menunjukkan hasil yang signifikan terutamanya bagi elemen nitrogen dan fosforus. Melalui proses fikoremediasi, mikroalga menggunakan nutrien yang terdapat pada air sisa seperti nitrogen, fosforus dan elemen logam berat bagi menyokong pertumbuhan melalui proses fotosintesis seperti yang dijalankan pada tumbuhan daratan tetapi dengan kadar yang lebih pesat. Objektif kajian ini adalah menyiasat keupayaan dan potensi bagi aplikasi proses fikoremediasi menggunakan POME sebagai medium pertumbuhan bagi Scenedesmus dimorphus, Chlorella vulgaris dan Dunaliella Salina. Selain itu, kajian memperihalkan pengoptimuman aras-aras pembolehubah nilai pH dan keamatan cahaya dengan menggunakan Rekabentuk Faktorial 22 dan Kaedah Komposit Berputar dalam penghasilan peratusan penyingkiran kepekatan Permintaan Oksigen Kimia (COD), Permintaan Oksigen Biokimia (BOD) dan Nitrogen Keseluruhan (TN) yang optimum. Kajian dimulakan dengan pembiakan inokulum secara aseptik dan seterusnya dikultur menggunakan POME sebagai medium pertumbuhan. Kajian bagi kecekapan mikroalga dalam menjalankan proses fikoremediasi serta pengoptimuman aras-aras pembolehubah dijalankan secara sesekumpul dan diulangi bagi mendapatkan keputusan yang lebih jitu. Keputusan menunjukkan hanya mikroalga air tawar iaitu S. dimorphus dan C. vulgaris mengalami pertumbuhan yang lebih pesat dan signifikan berbanding mikroalga marin, D. Salina. Hal ini disebabkan faktor kemasinan yang rendah pada POME yang digunakan dan ini memberikan kesan terhadap pertumbuhan mikroalga marin. S. dimorphus dan C. vulgaris yang dikultur menggunakan POME sebagai medium pertumbuhan masingmasing menghasilkan biojisim di antara 0.26 ke 3.4 mg L-1 dan 0.34 ke 4.4 mg L-1. Bagi penyingkiran nutrien daripada POME, S. dimorphus menunjukkan keputusan yang lebih memberangsangkan dengan penyingkiran nitrogen ammonia sebanyak 99.5%, berbanding C. vulgaris yang hanya mencapai peratusan penyingkiran sebanyak 61.0%. Keputusan yang signifikan terutamanya bagi penurunan kepekatan COD dan BOD diperoleh oleh kedua-dua mikroalga dengan S. dimorphus dan C. vulgaris masing-masing mencapai peratus penyingkaran COD sebanyak 86% dan 50.5%, dan peratusan penyingkiran BOD sebanyak 86.5% dan 61.6%. Keputusan pengoptimuman aras-aras pembolehubah pH dan keamatan cahaya menunjukkan peratusan penyingkiran COD, BOD dan TN masing-masing pada 84.26%, 80.62% dan 75.40% dengan nilai pH pada julat 6.02 sehingga 6.53 dan keamatan cahaya pada 3162 lux sehingga 3888 lux. Secara teorinya pada nilai pH dan keamatan cahaya yang sama, peratusan penyingkiran COD, BOD dan TN masing-masing diramalkan pada 86.18%, 81.75% dan 79.20%. Keputusan pencirian biojisim menunjukkan S. dimorphus menghasilkan klorofil a, b dan karotenoid masing-masing di antara 0.2638-0.1811, 0.0831-0.0543 dan 0.1792-0.146 mgL-1 dan C. vulgaris menghasilkan klorofil a, b, dan karotenoid sebanyak 0.1034-0.0163, 0.064-0.0115 dan 00.0751-.0112 mgL-1. Kesimpulannya, mikroalga mempunyai potensi yang tinggi dalam menjalankan proses rawatan air sisa terutamanya dalam mengurangkan kepekatan COD dan BOD seperti yang ditunjukkan dalam pengurangan kedua-dua parameter tersebut pada POME. Selain itu juga, biojisim daripada proses fikoremediasi boleh dieksploitasi bagi sumber tenaga seperti penghasilan biodiesel.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 168
Call Number: TD429.K344 2014 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119358+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.01 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.