Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457719
Title: | Pengekstrakan bendalir lampau-genting bagi pengoptimuman bioaktiviti Polygonum minus Huds |
Authors: | Norsyamimi Hassim (P58271) |
Supervisor: | Masturah Markom, Prof. |
Keywords: | Polygonum minus Huds Pengekstrakan bendalir lampau-genting (supercritical fluid extraction - SFE) Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 28-Nov-2013 |
Description: | Pengekstrakan bendalir lampau-genting (supercritical fluid extraction - SFE) merupakan kaedah pengekstrakan minyak pati yang lebih efektif berbanding kaedah konvensional. Setakat ini tiada kajian menyeluruh dijalankan ke atas Polygonum minus Huds (kesum) dalam menghasilkan ekstrak minyak pati yang kaya antioksidan dan tinggi kesan antibakterianya, yang seterusnya berpotensi digunakan dalam industri makanan, minyak wangi dan farmaseutikal. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengoptimumkan parameter pengekstrakan SFE dan menentukan bahan bioaktif daripada fraksi ekstraknya. Parameter operasi pengekstrakan yang berbeza (tekanan, suhu dan kepekatan ko-pelarut) telah dikaji dan bahan yang diekstrak kemudiannya dianalisa menggunakan ujian bioasai (antioksidan dan antibakteria). Perbandingan dengan teknik pengekstrakan konvensional iaitu pengekstrakan secara rendaman turut dilakukan. Parameter operasi yang dikaji adalah pada julat tekanan 150-250 bar, suhu 35-45°C dan 60-80% kepekatan ko-pelarut metanol-air (pada kandungan tetap 5% kopelarut dalam CO2). Ujian antioksidan dijalankan menggunakan empat bioasai iaitu jumlah kandungan fenolik (TPC), jumlah kandungan flavonoid (TFC), asai kuasa antioksidan/penurunan ferum (FRAP) dan juga asai perencatan radikal bebas DPPH (DPPH). Manakala, aktiviti antibakteria dikaji ke atas Bacillus subtilis (Gram+), Staphylococcus aureus (Gram+) dan Escherichia coli (Gram-) menggunakan kaedah resapan telaga agar. Kumpulan fraksi pertama ekstrak SFE yang diperolehi pada masa pengekstrakan 0 ke 60 minit biasanya terdiri daripada bahan tidak polar, dan ianya tidak menunjukkan keputusan yang baik bagi bioaktiviti. Namun, kumpulan fraksi kedua yang diperolehi pada masa pengekstrakan 60 minit dan seterusnya adalah tinggi dengan keupayaan antioksidan dan aktiviti antibakterianya. Dengan kaedah permukaan sambutan (RSM) menggunakan reka bentuk komposit berpusat (CCD) dan analisis varian (ANOVA), keadaan optimum telah diperoleh pada parameter operasi 150 bar, 45°C dan ko-pelarut 75% metanol. Keadaaan optimum ini seterusnya disahkan dengan ujikaji dan menghasilkan 24.86 ± 0.27% hasil ekstrak, 12.80 ± 0.16 mg GAE/g ekstrak TPC, 12.36 ± 0.12 mg CEQ/g ekstrak TFC, 351.42 ± 2.13 μmol Fe (II)/g ekstrak FRAP, 98.39 ± 0.16% DPPH dan 14.94 ± 0.24 mm diamater zon perencatan ke atas S. aureus. Semua keputusan pengesahan yang diperolehi ini berada dalam julat ramalan. Tiga sebatian bioaktif telah dikenal pasti di dalam sampel optimum menggunakan kromatografi cecair-spektrometri jisim (LC-MS) iaitu asid galik, (+)-katecin dan quersetin yang menyumbang kepada keaktifan biologi P. minus. Permodelan matematik menggunakan model pemindahan jisim Sovová telah berjaya digunakan untuk meramalkan pekali pemindahan jisim dan menentukan faktor penghad kadar SFE dengan purata sisihan relatif mutlak (AARD) kurang daripada 4%.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 227 |
Call Number: | TP156.E8N646 2013 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119288+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 1 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.