Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457716
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Shahbudin Mastar @ Masdar, Dr.
dc.contributor.authorNur Yusra Mt Yusuf (P80731)
dc.date.accessioned2023-09-12T09:12:28Z-
dc.date.available2023-09-12T09:12:28Z-
dc.date.issued2018-06-07
dc.identifier.otherukmvital:119238
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457716-
dc.descriptionDi antara pelbagai proses penghasilan hidrogen, kaedah biologi (biohidrogen) telah diketahui umum sebagai teknologi yang memerlukan tenaga input yang rendah dan boleh beroperasi pada suhu dan tekanan ambien. Namun begitu, proses penulenan dan pemisahan biohidrogen masih bermasalah dalam teknologi biohidrogen. Teknologi penjerapan merupakan teknik yang berpotensi dalam penulenan biohidrogen, melalui penyingkiran gas karbon dioksida (CO2), yang mana ianya bergantung terutamanya terhadap keupayaan bahan penjerap dan parameter operasi. Oleh itu, kajian ini memfokuskan terhadap teknologi penjerapan sebagai teknik penulenan biohidrogen melalui pembangunan novelti penjerap. Dalam kajian ini, karbon teraktif (KT) telah digunakan sebagai bahan penjerap yang diubahsuai dengan teknik pengisitepuan cecair ionik (CI) seperti kolina klorida dan zink klorida bagi meningkatkan keupayaan untuk penyingkiran CO2. Bahan penjerap komersil telah diisitepukan dengan menggunakan lima peratusan kandungan CI yang berbeza (0 wt.% - 10 wt. %). Seterusnya, pencirian bahan dilakukan terhadap morfologi permukaan dan kehadiran unsur (SEM), kumpulan berfungsi (FTIR), kehabluran (XRD), kestabilan dan degradasi (TGA) dan sifat permukaan (BET). Dalam aplikasi sebenar, pengisitepuaan komersial KT-CI digunakan sebagai bahan penjerap dengan menggunakan unit penjerapan turus tunggal bersaiz 0.6 L. Parameter operasi CO2 penjerapan-nyahjerapan dalam unit penjerapan termasuk: input kadar aliran gas campuran (0.1-1.0 L / min), kemasukan bebanan jisim (1-10 % CI) dan juga peratusan CO2 dan H2 sebagai gas input (40-60 vol %.). Prestasi CO2 penjerapan-penyaherapan telah dibandingkan di antara bahan komersial dan pengisitepuan KT-CI. Berdasarkan kajian pencirian, CI telah meliputi permukaan bahan penjerap secara seragam. Jenis bahan penjerap dan kandungan CI mempengaruhi morfologi dan struktur bahan, seperti penghabluran dan kawasan permukaan penjerap. Analisis BET menunjukkan bahawa kawasan permukaan bagi penjerap-CI menurun sehingga 70%. Bagi penjerapan-nyahjerapan CO2 sebenar menggunakan unit penjerapan, pengisitepuan bahan penjerap dengan CI meningkatkan kapasiti penyingkiran CO2, seterusnya meningkatkan prestasi dan kecekapan penjerapan-nyahjerapan CO2 sehingga 90% walaupun pada tekanan yang rendah 1 bar. Justeru, berdasarkan kajian yang dijalankan, kehadiran CI pada bahan penjerap CO2 melalui teknik pengisitepuan berpotensi dalam meningkatkan keterpilihan CO2, dan seterusnya meningkatkan penyingkiran CO2 dalam teknologi penulenan biohidrogen.,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectHydrogen -- Biotechnology
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengisitepuan penjerap-cecair ionik bagi penyingkiran CO2 dalam penulenan biohidrogen melalui unit penjerapan
dc.typetheses
dc.format.pages138
dc.identifier.callnoTP248.65.H9N8495 2018 3 tesis
dc.identifier.barcode004033(2019)
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119238+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.1 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.