Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457713
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Prof. Dr. Jamaliah Md Jahim | - |
dc.contributor.author | Chong Poh She (P58273) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-12T09:12:26Z | - |
dc.date.available | 2023-09-12T09:12:26Z | - |
dc.date.issued | 2014-07-11 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:118706 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457713 | - |
dc.description | Penghasilan biohidrogen berkembang pesat kerana gas hidrogen adalah bahanapi bertenaga tinggi dengan produk sampingan pembakaran tanpa karbon dan mesra alam. Aktiviti penyelidikan dalam penghasilan biohidrogen menggunakan serat tandan kosong kelapa sawit, STKKS sebagai sumber substrat jarang diterokai dan kajian ini berpotensi untuk mengatasi kekurangan sumber biofuel yang mesra alam. Objektif kajian ini ialah membangunkan proses rawatan biojisim STKKS, menentukan parameter utama yang mempengaruhi fermentasi hidrogen dan masa tahanan yang terbaik untuk fermentasi hidrogen selanjar. Peringkat pertama dalam kajian ini, proses pra-rawatan sulfurik asid cair telah diuji ke atas STKKS bagi meningkatkan kebolehan penguraian hemiselulosa dari struktur lignoselulosa biojisim kepada bentuk sakarida yang lebih ringkas, seperti xilosa dan glukosa dan seterusnya hidrolisat ini digunakan sebagai sumber karbon dalam fermentasi biohidrogen. Dari ujikaji, keadaan pra-rawatan asid yang paling optimum dengan penghasilan jumlah gula sebanyak 78.51 % gxilosa/gxilosa diperolehi pada kepekatan asid 6 % berat/isipadu selama 15 minit dan suhu 120 °C. Seterusnya, tindak balas hidrolisis berenzim ke atas reja STKKS telah dikaji dengan menggunakan 84.49 U/mg enzim Celluclast dalam 5% berat/isipadu campuran kandungan STKKS pada suhu 50 °C selama 72 jam. Keputusan hidrolisis enzim memberikan penguraian gula sebanyak 24.39% gglukosa/gglukosa, manakala, proses hidrolisis ke atas STKKS mentah hanya menghasilkan penguraian gula 10.42 % gglukosa/gglukosa sahaja. Peringkat kedua melibatkan kajian prestasi fermentasi penghasilan biohidrogen menggunakan hidrolisat dari proses rawatan asid dimulai dengan mengubah kesan pH awal medium fermentasi ( dalam julat pH 4 - 8 ) dan kepekatan awal substrat gula ( di antara 2.5 - 25 g/l ) dan dieram pada suhu 35 °C selama 24 jam. Dari keputusan, didapati parameter keadaan awal fermentasi yang terbaik adalah pH 7 dan kepekatan substrat 5 g/l dengan penghasilan biohidrogen yang tertinggi iaitu 0.460 ± 0.02 ml/ml medium. Kemudian, pengoptimuman fermentasi penghasilan biohidrogen telah dijalankan pada pH kawalan ( dalam julat pH 5 - 7 ) dan kepekatan awal substrat ( 5 - 25 g/l ) dieram dalam keadaan sama seperti ujikaji terdahulu. Keputusan data profil penghasilan hidrogen telah dianalisis dengan menggunakan model terubahsuai Gompertz. Penghasilan tertinggi biohidrogen telah dicapai pada pH kawalan 5.5 dan kepekatan gula 5 g/l iaitu dengan nilai pekali Pmax dan Rmax masing-masing 350.1 mL dan 28.1 ml/jam. Nilai hasil hidrogen (YP/S) yang tertinggi yang diperolehi adalah 1.91 molH2/molxilosa. Perbandingan fermentasi menggunakan hidrolisat enzim juga dibuat dan didapati nilai Pmax 345.8 mL dan Rmax 16.8 ml/jam telah dicapai. Di akhir peringkat kajian, larian fermentasi hidrolisat asid secara selanjar telah dikaji dengan mengubah parameter masa tahanan hidraulik (HRT) terhadap penghasilan biohidrogen. Hasil kajian ini mendapati, kadar penghasilan biohidrogen yang tertinggi iaitu 52.21 mmol/L/hari telah diperolehi pada HRT 3 jam dengan operasi yang berjalan selama 15 hari. Oleh itu, fermentasi biohidrogen menggunakan hidrolisat STKKS sebagai substrat merupakan keadah yang amat berpotensi dan berdaya saing dengan sumber substrat yang lain.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Hydrogen-Biotechnology | - |
dc.subject | Biomass energy | - |
dc.title | Penggunaan hidrolisat serat tandan kosong kelapa sawit sebagai sumber karbon dalam fermentasi biohidrogen | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 178 | - |
dc.identifier.callno | TP248.65.H9C495 2014 3 | - |
dc.identifier.barcode | 002607 (2014) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_118706+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.36 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.