Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457704
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Anuar Kasa, Ir. Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohd Izzuddin Zaini (P52356) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-12T09:12:20Z | - |
dc.date.available | 2023-09-12T09:12:20Z | - |
dc.date.issued | 2012-10-01 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:115199 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457704 | - |
dc.description | Pelapik Lempung Geosintetik (GCL) terdiri daripada bentonit yang diapit oleh dua lapisan geotekstil dan mempunyai pekali hidraulik konduktiviti yang sangat rendah (1 x 10-11 m/s). GCL merupakan pelapik yang digunakan sebagai penghalang bendalir yang sangat berkesan dan banyak digunakan di pusat perlupusan sampah untuk menghalang air kurasan daripada mencemarkan air bawah tanah. Walau bagaimanapun, kekuatan ricih antaramuka GCL dengan bahan yang bersentuhan dengannya sangat rendah yang boleh mengakibatkan kestabilan GCL terutama sekali di bahagian cerun terganggu. Berdasarkan piawai ASTM D6432 dan menggunakan kotak ricih terubahsuai bersaiz 100 x 100 mm, ujian telah dijalankan untuk menentukan kekuatan ricih antaramuka di antara GCL dan tanah baki. Jarak maksimum anjakan mendatar bagi mesin kotak ricih adalah 15.0 mm dan kadar ricih yang digunakan adalah 0.5 mm/min. Beban normal yang dikenakan adalah di antara 100 hingga 300 kPa. Beban ini mewakili berat sisa pepejal untuk kedalaman 20 m berdasarkan kepada anggapan bahawa berat unit sisa pepejal adalah 15 kN/m3. Dalam kajian ini, sampel GCL yang digunakan terdiri daripada dua permukaan yang berbeza iaitu geotekstil tenun dan tak tenun. Ujian kekuatan ricih antaramuka dilakukan di antara kedua-dua bahagian permukaan tersebut dengan dua jenis tanah baki iaitu tanah baki endapan dan granit yang termampat. Sampel tanah yang digunakan adalah sampel terganggu yang telah dipadatkan pada kandungan lembapan optimum dan ketumpatan kering maksimum berdasarkan kepada ujian pemadatan kaedah proktor. Selain daripada itu, ujian-ujian asas yang dilakukan ke atas tanah baki adalah (1) Ujian taburan saiz zarah tanah, (2) Ujian had-had Atterberg, (3) Ujian pemadatan, (4) Ujian kebolehtelapan (turus jatuh) dan (5) Ujian ricih terus tanah. Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, didapati nilai sudut ricih (δ) untuk sampel tanah baki sedimentari dengan bahagian tenun dan tak tenun GCL masing-masing adalah 34° dan 33° manakala nilai δ untuk sampel tanah baki granit dengan bahagian tenun dan tak tenun GCL masing-masing adalah 27° dan 23°. Nilai adhesi (cA) untuk sampel tanah baki endapan dengan bahagian tenun GCL 0 kPa manakala untuk bahagian tak tenun GCL adalah 12.3 kPa. Nilai cA untuk sampel tanah baki granit dengan bahagian tenun dan tak tenun GCL pula masing-masing adalah 5.7 kPa dan 33.8 kPa.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Geosynthetics | - |
dc.subject | Residual materials (Geology) | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Kekuatan ricih antaramuka pelapik lempung geosintetik dengan tanah baki | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 89 | - |
dc.identifier.callno | TA455.G44M835 2012 3 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002544(2012) | - |
dc.identifier.barcode | 005613(2021)(PL2) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_115199+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 738.77 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.