Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457702
Title: | Analisis perubahan ionosfera terhadap kejadian gempa bumi Sumatra menggunakan data GPS |
Authors: | Widdy Aulia Mubarak (P42359) |
Supervisor: | Mardina Abdullah, Prof. Madya Ir. Dr. |
Keywords: | Ionosphere Global positioning system Earthquakes -- Sumatra Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 4-Jun-2012 |
Description: | Ionosfera merupakan lapisan teratas atmosfera bermula dari 50 hingga 2,000 km dari aras laut. Ianya berperanan penting dalam era komunikasi masa kini yang menggunakan gelombang elektromagnetik. Parameter di ionosfera iaitu jumlah kandungan Elektron (Total Electron Content, TEC) sangat mudah dipengaruhi oleh aktiviti medan magnet bumi dan suria. Pergerakan permukaan bumi sebelum gempa bumi berlaku boleh memberi impak hingga ke lapisan ionosfera. Perubahan pada TEC boleh dikesan jika impak tersebut kuat. Kajian ini dijalankan untuk mengesan pengaruh gempa bumi kuat di Sumatra terhadap perubahan ionosfera sebelum dan selepas gempa bumi berlaku. Analisis dijalankan menggunakan data Sistem Penentududukan Global (Global Positioning System, GPS) dua frekuensi. Kajian ini juga dijalankan untuk mengesan sebab-sebab perubahan pada ionosfera sebelum gegaran berlaku dan hubungkait antara gempa bumi dengan lapisan ionosfera. Gempa bumi yang dipilih sebagai kes kajian ialah kejadian gempa di Sumatra dengan magnitud (M) melebihi 7 pada skala Richter iaitu di Aceh pada 26 Disember 2004 (M=9.1), Simeuleu pada 28 Mac 2005 (M=8.6), Bengkulu pada 12 September 2007 (M=8.5) dan Padang pada 30 September 2009 (M=7.5). Pemerhatian dibuat pada 7 hari sebelum hingga 5 hari selepas gempa bumi berlaku. Kajian ini turut membandingkan nilai indeks geomagnetik yang memberikan gambaran pengaruh aktiviti magnet bumi semasa kejadian tersebut. Data TEC diperolehi daripada CODE (Center for Orbit Determination in Europe) dalam format IONEX (the IONosphere Map Exchange Format). Kajian mendapati perubahan bacaan nilai TEC mengalami peningkatan yang melebihi had atas mahupun yang lebih rendah daripada had bawah julat antara kuartil data TEC pada satu bulan sebelum masa pemantauan. Fenomena ini disebut dengan kejadian anomali. Hasil yang diperolehi bahwa 82 dari 93 bulan yang diamati (tahun 2003-2010) mengesahkan hipotesis awal dimana terdapatnya hubungan di antara gempa bumi dengan lapisan ionosfera dengan tingkat keakuratan 88.17%. Hasil kajian ini diharapkan dapat merumuskan tanda-tanda awal gempa bumimelalui pemantauan ionosfera menggunakan data GPS.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Sains |
Pages: | 156 |
Call Number: | QC881.2.I6W534 2012 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_115197+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.07 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.