Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457698
Title: Analisis kesan tekanan pemasangan sel tunggal terhadap prestasi sel fuel membran penukaran proton
Authors: Miftah Kurniawan (P49198)
Supervisor: Wan Ramli Wan Daud, Prof. Ir. Dr.
Keywords: Fuel cells
Energy storage
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-Jul-2012
Description: Disebabkan teknologi sel fuel membran penukaran proton (PEMFC) adalah teknologi penjana tenaga elektrik yang mesra terhadap alam sekitar dan memiliki kecekapan yang tinggi, teknologi itu sangat sesuai untuk dikembangkan bagi membekal tenaga di samping memelihara alam sekitar. Perkembangan teknologi PEMFC terkini dilakukan untuk mendapatkan prestasi PEMFC yang lebih tinggi. Salah satu cara yang paling murah dan mudah untuk meningkatkan prestasinya ialah dengan mengenakan tekanan pemasangan yang tepat pada stek PEMFC iaitu tindanan beberapa sel fuel terapit oleh dua plat hujung. Setiap sel pula terdiri daripada himpunan elektrod membran yang diapit oleh plat dwikutub berjiran. Selain itu, kesan perubahan tekanan stek terhadap struktur stek dan kebocoran bahan tindak balas juga dikaji dalam penyelidikan ini. Tork pengetatan bolt pada stek sel PEMFC tunggal dinaikkan daripada 1 hingga 3 Nm dengan setiap kenaikan sebanyak 0.5 Nm. Uji kaji prestasi PEMFC menunjukkan bahawa kenaikan tork pengetatan bolt menyebabkan peningkatkan prestasi PEMFC. Namun kecenderungan keputusan ini terbalik pada ketumpatan arus yang tinggi apabila tork pengetatan 2.5 dan 3 Nm menurunkan prestasi PEMFC. Analisis dengan kaedah unsur terhingga juga dilakukan ke atas kesan perubahan tork pengetatan bolt terhadap perubahan bentuk stek. Daripada analisisi itu, kenaikan tork pengetatan bolt didapati menaikkan tegasan di plat dwikutub yang menyebabkan perubahan bentuk stek. Keadaan tersebut menurunkan nilai rintangan sentuh elektrik antara komponen PEMFC di dalam stek. Model prestasi PEMFC digunakan untuk meramalkan arus pengehad dan jumlah rintangan elektrik yang disebabkan oleh perubahan tork pengetatan bolt. Jumlah rintangan berkurang dengan kenaikan tork pengetatan bolt, namun arus terkekang pada ketumpatan arus 236 mAcm-2. Ujian kebocoran menunjukkan bahawa tork pengetatan bolt di atas 0.5 Nm dapat mengatasi kebocoran. Kesimpulan penyelidikan ini ialah kenaikan tork pengetatan bolt dapat meningkatkan prestasi PEMFC dan mengurangkan kebocoran gas di stek. Meskipun demikian, prestasi PEMFC menurun setelah tork pengetatan mencapai 2.5 Nm kerana kemunculan arus penghad yang menurunkan prestasi PEMFC.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Sains
Pages: 113
Call Number: TK2931.M535 2012 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_115193+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
13.31 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.