Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457694
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Baba Md. Deros, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Darliana Mohamad (P42362) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-12T09:12:15Z | - |
dc.date.available | 2023-09-12T09:12:15Z | - |
dc.date.issued | 2011-03-23 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:114916 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457694 | - |
dc.description | Tempat duduk pemandu adalah salah satu komponen penting dalam reka bentuk sesebuah kereta. Ia memainkan peranan utama untuk menentukan keselesaan pemandu kereta. Kemalangan dan kecederaan jalanraya biasanya dikaitkan dengan kelesuan pemandu. Oleh kerana itu, amatlah penting bagi memastikan keselesaan postur pemandu ketika merekabentuk tempat duduk pemandu kereta. Beberapa kajian terdahulu menunjukkan bahawa kedudukan postur yang salah ketika pemanduan boleh mengakibatkan beberapa masalah kesihatan seperti gangguan otot saraf. Walaupun banyak kajian telah dilakukan bagi menentukan keselesaan postur pemandu kereta, namun masih belum ada kajian yang dilakukan ke atas populasi Malaysia. Oleh itu, dua matlamat utama kajian ini adalah untuk mencadangkan postur pemanduan yang selesa dan selamat kepada pemandu Malaysia. Dua objektif utama kajian ini ialah; pertama, bagi mencadangkan nilai julat sudut postur pemanduan yang selesa melalui pengukuran subjek yang terlibat; dan kedua untuk mengkaji dengan lebih mendalam mengenai korelasi antara data antropometri, sudut postur pemanduan yang selesa dan pelarasan tempat duduk kereta. Seramai 45 orang subjek terlibat dalam kajian ini. Data antropometri dan sudut postur pemanduan diukur dan direkodkan menggunakan kaedah pengimejan dan dianalisis menggunakan perisian khas. Semasa kajian dijalankan, setiap subjek diminta duduk di atas tempat duduk pemandu dalam postur pemanduan selesa mengikut perspektif mereka. Selepas lima minit barulah imej subjek di dalam postur pemanduan itu diambil bagi membolehkan subjek menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran dan fabrik tempat duduk pemandu tersebut terlebih dahulu. Data pelarasan tempat duduk kereta diukur secara manual selepas tempat duduk pemandu disesuaikan mengikut keselesaaan subjek. Sebelum itu, data antropometri setiap subjek diukur dan direkodkan. Daripada kajian yang dilakukan, julat sudut bagi leher menunjukkan nilai antara 22°– 48°, sudut siku antara 100°-188°, sudut bahu antara 16°-61°, sudut belakang-paha antara 96°-123°, sudut lutut antara 102°-143° dan sudut tapak kaki adalah antara 69°-116°. Nilai julat sudut pemanduan selesa bagi rakyat Malaysia menunjukkan perbezaaan yang signifikan antara nilai untuk populasi penduduk Korea dan Eropah. Analisis data kajian menunjukkan bahawa subjek yang tinggi lebih terdorong untuk memandu dengan meregangkan lengan bagi mencapai keselesaan, manakala subjek yang mempunyai saiz badan yang menghampiri percentil ke-95 bagi rakyat Malaysia lebih cenderung untuk duduk jauh dari kedudukan stereng kereta. Subjek yang berbadan kecil iaitu menghampiri percentil ke-5 bagi rakyat Malaysia lebih cenderung untuk berada pada kedudukan lebih dekat dengan stereng kereta dengan sudut belakang-paha yang agak besar. Keputusan yang telah diperolehi dan dibincangkan dalam kajian ini boleh digunapakai ketika mereka bentuk dan membangunkan tempat duduk pemandu kereta yang selamat dan selesa untuk rakyat Malaysia.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Human engineering | - |
dc.subject | Automobiles -- Seats -- Design and construction | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pengenalpastian keselesaan dalam postur pemanduan menggunakan kaedah perakaman imej | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 119 | - |
dc.identifier.callno | TA166.D345 2011 3 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002499(2011) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114916+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 10.4 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.