Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457693
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mariyam Jameelah Ghazali, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Nik Hassanuddin Nik Yusoff (P46086) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-12T09:12:14Z | - |
dc.date.available | 2023-09-12T09:12:14Z | - |
dc.date.issued | 2011-12-29 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:114845 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457693 | - |
dc.description | Salutan seramik merupakan satu kaedah yang telah digunakan secara meluas untuk menangani masalah haus. Alumina-titania (Al2O3-TiO2) adalah satu contoh terbaik salutan seramik dalam aplikasi perkapalan terutamanya, disebabkan kerintangan hausnya yang tinggi. Komponen penting seperti syaf sistem propulsi kapal dan bahagian dalaman komponen kapal selam menunjukkan keupayaan salutan seramik dalam mengurangkan kadar haus serta kemampuannya dalam memberi kekuatan sokongan terhadap struktur yang dilindungi. Memandangkan penggunaannya adalah meluas dalam persekitaran marin, kajian ke atas sifat dan kelakuan kakisan turut diambilkira. Tujuan kajian ini tertumpu kepada kesan dua saiz zarah yang berbeza (mikro dan nano beraglomerat) ke atas Al2O3-13% TiO2 dan juga pengaruh Ni-Al yang bertindak sebagai lapisan ikatan, terhadap kelakuan kakisan persekitaran laut tropika. Bagi memperolehi sifat lapisan terbaik salutan Al2O3-13%TiO2, suatu perisian Design Expert berdasarkan kaedah ANOVA digunakan sebelum proses pengendapan melalui kaedah semburan plasma. Penggunaan serbuk bersaiz nano teragglomerat dapat memberikan nilai mikro kekerasan yang lebih baik sekitar 1054.7 HV manakala penggunaan serbuk bersaiz mikro pula didapati memberikan nilai kekasaran permukaan yang lebih rendah iaitu 3.7 μm. Kehadiran lapisan pengikat telah meningkatkan kekasaran permukaan salutan setinggi 0.6 hingga 0.9 μm. Sehubungan itu, kadar haus spesifik bagi kedua-dua jenis salutan dilihat hampir sama iaitu sekitar 5.4x10-3 cm3/Nm. Ini menunjukkan kelakuan haus salutan tersebut tidak dipengaruhi langsung oleh saiz butiran awal. Keupayaan litar terbuka (KLT) menggunakan elektrod Kalomel tepu (EKT) bagi substrat yang disalut menunjukkan nilai yang lebih elektropositif; iaitu di antara -0.46 V hingga -0.55 V berbanding dengan logam yang tidak disadur iaitu -0.79 V. Bagi saiz partikel pula, nilai keupayaan salutan bersaiz nano teraglomerat adalah lebih stabil untuk rendaman dalam tempoh 12 minggu berbanding salutan bersaiz mikro. Di sudut yang lain, salutan dengan kehadiran lapisan pengikat Ni-Al pula memberikan nilai keupayaan kakisan yang lebih elektronegatif yang mana keputusan tersebut adalah konsisten dengan kadar kakisan yang diperolehi dari ektrapolasi plot Tafel. Daripada analisis kajian spektroskopi impedansi elektrokimia (SIE), didapati penggunaan salutan bersaiz nano teraglomerat dapat memberikan rintangan kakisan yang lebih baik ke atas substrat keluli lembut. Walau bagaimanapun, kehadiran lapisan pengikat Ni-Al telah mengurangkan rintangan pengutuban (Rp) bagi logam yang disadur disebabkan berlakunya kakisan galvanik. Ini berpunca daripada wujudnya beza upaya yang berlainan antara lapisan pengikat dan substrat yang mengakibatkan pasangan galvanik di mana akhirnya menyebabkan kakisan dengan kehadiran elektrolit. Kesimpulannya, salutan tanpa lapisan pengikat Ni-Al dengan serbuk bersaiz nano teragglomerat didapati amat sesuai digunakan untuk persekitaran marin beriklim tropika.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”,Sarjana Sains,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah” | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Ceramic coating | - |
dc.subject | Plasma spraying | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Salutan alumina-titania menggunakan kaedah semburan plasma untuk aplikasi struktur marin | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 105 | - |
dc.identifier.callno | TS695.9.N535 2011 3 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002452(2011) | - |
dc.identifier.barcode | 005627(2021)(PL2) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114845+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 12.7 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.