Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457692
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSyarif Junaidi Syarifuddin Djalil, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorAgung Iswadi (P52200)-
dc.date.accessioned2023-09-12T09:12:14Z-
dc.date.available2023-09-12T09:12:14Z-
dc.date.issued2011-12-30-
dc.identifier.otherukmvital:114844-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457692-
dc.descriptionGalas keluli berkuprum (Cu) telah digunakan dalam kebanyakan industri automotif kerana sifat mekaniknya yang cemerlang. Sifat mekanik galas keluli berkuprum boleh ditingkatkan melalui dua jenis mekanisma penguatan, iaitu penguatan mendakan zarah Cu dan penguatan larutan pepejal bahan larut Cu. Dalam kajian ini, kesan kedua-dua zarah dan bahan larut Cu ke atas kelakuan haus gelangsar telah dijalankan. Aloi Fe- 0.5%jisim Cu dan Fe-3%jisim Cu telah dipilih dan dikenakan dua jenis rawatan haba. Kelompok aloi yang pertama mengalami rawatan larutan pada 10000 C selama 1800 s dan diikuti dengan lindap-kejut dalam air, manakala jenis aloi yang kedua mengalami rawatan larutan yang sama tetapi diikuti oleh proses penuaan pada 6000 C selama 10 hingga 18000 s dan dilindap-kejut dalam air. Ujian kekerasan dilakukan ke atas kedua-dua aloi yang terawat menggunakan alat kekerasan Vickers di bawah beban 29.42 N bagi memperolehi profil kekerasan yang menghasilkan tiga jenis kategori iaitu aloi terlindap- kejut, aloi penuaan puncak, dan aloi penuaan lebih. Untuk analisis morfologi (permukaan dan subpermukaan), kesemua pemerhatian dilakukan menggunakan mikroskop optik (OM) dan mikroskop imbasan elektron (SEM). Ketiga-tiga jenis sampel dikenakan ujian haus dengan konfigurasi pin-atas-cakera pada halaju gelangsar tetap; 1 m/s dengan julat beban dari 19.6 hingga 196.1 N. Mikroskop fokus tak terhingga (IFM) digunakan untuk mengukur profil kekasaran aloi haus. Untuk mengaitkan hubungan pengerasan kerja dan kemuluran pada aloi, ujian tegangan pada suhu ambien telah dilakuan. Kekerasan aloi terlindap-kejut Fe-0.5%jisim Cu dan Fe-3%jisim Cu masing-masing adalah Hv 102 dan Hv 181.4. Manakala, kekerasan aloi penuaan meningkat secara mendadak dengan masa penuaan dan kemudian menyusut secara berperingkat setelah mencapai keadaan penuaan puncak pada 200 s dengan kekerasan Hv 294.6. Menariknya, aloi penuaan dari aloi yang sama dengan kekerasan Hv 201 pada 6000 s mempunyai kekerasan yang serupa dengan aloi terlindap-kejut Fe-3%jisim Cu. Berdasarkan analisis mikrostruktur, kesemua aloi mengandungi struktur ferit berdimensi serupa. Turut didapati bahawa kadar haus tentu (K’) kesemua aloi adalah hampir sama pada beban tinggi (melebihi 100 N) dengan julat 1.51 × 10-5 – 2.22 × 10-5 mm3/Nm. Nilai K’ daripada aloi terlindap-kejut Fe-0.5%Cu, terlindap-kejut Fe-3%Cu, penuaan puncak dan penuaan lebih pada 196.1 N masing-masing adalah 1.59 × 10-5, 1.51 × 10-5, 1.81 × 10-5 dan 2.22 × 10-5 mm3/Nm, walaupun aloi terlindap-kejut mempunyai kekerasan paling rendah. Profil kekasaran menunjukkan kesemua aloi memiliki nilai purata kekasaran (Ra) yang meningkat dengan meningkatnya beban sehingga 100 N dan seterusnya menyusut secara beransur-ansur apabila mencapai 147.2 N. Walau bagaimanapun, kekasaran permukaan pada aloi terlindap-kejut adalah agak licin berbanding aloi-aloi yang lain, terutama pada 196.1 N. Daripada ujian tegangan dan analisis pemerhatian subpermukaan, sampel terlindap-kejut Fe-3%jisim Cu telah mengalami pengerasan kerja yang lebih besar akibat daripada nisbah tegasan alah- tegasan tegangan yang rendah dan perubahan bentuk yang besar berbanding aloi-aloi penuaan puncak dan penuaan lebih. Selain itu, aloi terlindap-kejut Fe-3%jisim Cu juga menunjukkan pemanjangan yang paling besar berbanding aloi-aloi lain, dan ini amat menyokong keputusan kadar haus tentu dan pemerhatian subpermukaan haus. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa penambahan Cu dapat meningkatkan sifat mekanik keluli dengan kehadiran bahan larut Cu yang membantu dalam peningkatan ketahanan haus aloi Fe-3%jisim Cu.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectCopper-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKesan penambahan kuprum ke atas kelakuan haus gelangsar kering keluli 0.5%cu dan keluli 3%cu-
dc.typetheses-
dc.format.pages111-
dc.identifier.callnoTA480.C7A368 2011 3 tesis-
dc.identifier.barcode002451(2011)-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114844+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.03 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.