Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457682
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Shahbudin Mastar @ Masdar, Dr.-
dc.contributor.authorNurul Noramelya Zulkefli (P83771)-
dc.date.accessioned2023-09-12T09:12:07Z-
dc.date.available2023-09-12T09:12:07Z-
dc.date.issued2018-05-14-
dc.identifier.otherukmvital:100878-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457682-
dc.descriptionProses penulenan dan pemisahan biogas seperti biometana dan biohidrogen masih bermasalah dalam teknologi biogas. Teknologi penjerapan merupakan teknik yang telah dipercayai dapat menulenkan biogas terutama bagi penyingkiran gas karbon dioksida (CO2) dan hidrogen sulfida (H2S), yang mana ianya bergantung terutamanya terhadap kebolehan jerapan dan parameter operasi. Oleh itu, kajian ini memfokuskan terhadap teknologi penjerapan sebagai teknik penulenan biogas melalui pembangunan novelti penjerap. Perjerap daripada karbon teraktif kelapa komersial (CAC) telah digunakan di dalam kajian ini. Seterusnya, perjerap turut diubahsuai melalui pengisitepuan kepada permukaan bahan dengan kuprum sulfat, zink asetat, kalium hidroksida, kalium iodida, ammonia nitrat dan natrium karbonat dalam meningkatkan keterpilihan terhadap penyingkiran H2S. Seterusnya, pencirian bahan dilakukan terhadap morfologi permukaan dan kehadiran unsur (mikroskopi elektron imbasan), kumpulan berfungsi (inframerah transformasi Fourier), kekristalan bahan (belauan sinar-X, XRD), kestabilan dan degradasi (penganalisis gravimetri terma) dan sifat permukaan (‘Brunanuer-Emmett-Teller). Di dalam aplikasi sebenar, perjerap CAC dan perjerap dengan pengisitepuan (IA) telah digunakan sebagai bahan penjerap di dalam unit penjerapan turus tunggal bersaiz 0.848 L. Parameter operasi bagi penjerapan bagi H2S di dalam unit penjerapan diubah berdasarkan penggunaan panjang turus (5 cm hingga 15 cm), jenis gas campuran yang digunakan (H2S/N2, H2S/N2/CO2) dan input kadar aliran masuk gas (1.5 L/min hingga 5.5 L/min). Prestasi penjerapan H2S ini telah dibandingkan dengan semua perjerap. Kemudian, kajian ini telah dilanjutkan dengan pembangunan model matematik untuk mengkaji mekanisme asas penjerapan terhadap perjerap dan parameter operasi dengan menggunakan Model Ideal melalui Persamaan Pembezaan Separa (PPS). Berdasarkan pencirian yang telah dijalankan, ianya menunjukan larutan pengisitepuan telah meliputi permukaan bahan penjerap secara seragam. Analisis BET menunjukkan luas permukaan bagi IA menurun sehingga 10% - 27%. Prestasi penjerapan bagi gas H2S telah dibincangkan berdasarkan masa muncul, masa tepu, kapasiti penjerapan, dan kesan-kesan parameter operasi. Selain itu, simulasi model matematik telah disahkan dengan data uji kaji. Untuk uji kaji sebenar penjerapan H2S dengan pengisitepuan karbon teraktif berupaya meningkatkan prestasi dan penyingkiran kapasiti H2S pada suhu ambien serta meningkatkan keterpilihan terhadap penyingkiran H2S sehingga 70%. Justeru, perjerap yang telah melalui proses pengisitepuan dapat mempertingkatkan keterpilihan bagi H2S, dan seterusnya meningkatkan penyingkiran H2S dalam teknologi penulenan biogas.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectBiogas-
dc.titlePerjerap karbon teraktif (CAC) terubahsuai bagi peningkatan kapasiti penyingkiran H2S dalam penulenan biogas melalui unit penjerapan-
dc.typetheses-
dc.format.pages142-
dc.identifier.callnoTP359.B48N847 2018 3 tesis-
dc.identifier.barcode003435(2018)-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100878+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
932.49 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.