Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457679
Title: | Penyingkiran perencat berpotensi dalam penukaran lignoselulosa mengunakan teknik pengoksidaan fenton dan penjerapan |
Authors: | Jude Santanaraj Dulasidas (P84162) |
Supervisor: | Mohd Shaiful Sajab, Dr. |
Keywords: | Biological products |
Issue Date: | 14-May-2018 |
Description: | Tandan kosong kelapa sawit (EFB) adalah sisa pepejal yang terhasil dalam jumlah tertinggi semasa pengekstrakan minyak daripada buah tandan segar kelapa sawit. Sumber lignoselulosa ini mengandungi selulosa, hemiselulosa dan lignin yang merupakan komposisi kimia utama. Dimana koposisi ini boleh dihidrolisis kepada monomer gula ringkas. Manakala, kewujudan perencat seperti lignin, furfural dan silika menghalang proses biopenukaran. Dalam penyelidikan ini, gabungan teknik pengoksidaan Fenton dan penjerapan diperkenalkan pada dua tahap berbeza iaitu prarawatan gentian dan rawatan lanjutan hidrolisat. Tahap pertama, proses pengoksidaan Fenton melibatkan Fe(III), Fe(0) dan partikel magnetik (Fe3O4) dengan kepekatan rendah dijalankan dalam proses prarawatan. Reagen Fenton berpotensi mempertingkatkan prarawatan lignoselulosa melalui kaedah pengoksidaan, dimana ia terlibat dalam penghasilan radikal bebas hidroksil (OH•) dengan kehadiran hydrogen peroksida (H2O2). Dalam kajian awal, penjerapan dan nyahjerapan reagen Fenton ke atas gentian EFB dijalankan untuk melihat keupayaan pengembalian selepas proses prarawatan. Kesan kepekatan H2O2, masa tahanan dan kepekatan reagen Fenton pada delignifikasi telah diperhatikan untuk mengenal pasti kecekapan pemangkin. Pada tahap pertama, pengoksidaan Fenton telah mempertingkatkan kecekapan pengoksidaan H2O2 dengan peningkatan delignifikasi gentian EFB melebihi 19.4 dan 24.0% bagi Fe (III) dan Fe3O4. Manakala, bagi perbandingan dalam pembentukan in situ Fe(0), degradasi lignin adalah setanding (4.6% kurang kecekapan daripada rawatan H2O2 sahaja) walaupun tanpa kehadiran H2O2. Tahap kedua dalam kajian ini adalah penyingkiran perencat terpilih melibatkan degradasi lignin larut asid (ASL) daripada hidrolisat EFB dan degradasi furfural sintetik dengan teknik pengoksidaan Fenton dan penjerapan. Karbon teraktif (AC) telah digunakan sebagai penjerap dan templat terhadap reagen Fenton untuk teknik serentak penjerapan-pengoksidaan. Dalam perbandingan diantara penyingkiran lignin ke atas proses prarawatan iaitu pada tahap pertama, degradasi ASL ini sangat pantas dan cekap dalam proses pengoksidaan Fenton. Tambahan pula, degradasi ASL meningkat sebanyak 10% apabila teknik serentak penjerapanpengoksidaan dijalankan. Manakala penyingkiran furfural sintetik mengunakan teknik penjerapan-pengoksidaan juga menunjukkan peningkatan yang ketara. Keputusan menunjukkan gabungan AC + Fe(0) mampu mempertingkatkan penyingkiran 1500 mg/L furfural sehingga 99%. Secara keseluruhannya dengan prarawatan dan rawatan lanjutan, kedua-dua teknik pengoksidaan Fenton dan penjerapan menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam penyingkiran perencat terpilih. Oleh yang demikian, gabungan teknik ini berperanan penting dalam proses penukaran lignoselulosik melalui peningkatan hasil penukaran gentian lignoselulosa dan mempertingkatkan teknologi pemisahan dan penulenan hidrolisat pada masa akan datang.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 115 |
Call Number: | TP248.65.L54J836 2018 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_100875+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 960.73 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.