Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457676
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Hassimi Abu Hasan, Dr. | - |
dc.contributor.author | Fathiyyah Mohd Zainuddin (P80630) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-12T09:12:03Z | - |
dc.date.available | 2023-09-12T09:12:03Z | - |
dc.date.issued | 2017-12-20 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:100299 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457676 | - |
dc.description | Tahap kandungan trihalometana (THMs) yang tinggi dalam sumber air minuman boleh menyebabkan risiko ketoksikan terhadap hidupan akuatik dan manusia. Pelbagai kaedah dan teknologi yang telah digunakan bagi mengatasi masalah ini, dengan menggunakan kaedah secara fizikal, kimia dan biologi, malah gabungan antara teknologi juga telah diperkenalkan. Namun begitu, teknologi-teknologi ini mempunyai kelemahan dan kekurangan tersendiri yang melibatkan tenaga dan kos yang tinggi, tempoh operasi yang lama serta penghasilan produk sampingan yang bertoksik. Kaedah biopenguraian menjanjikan beberapa kelebihan seperti penyingkiran yang efektif, mudah dikendalikan, penggunaan tenaga dan kos yang berpatutan. Objektif kajian ini merangkumi pencirian THMs dalam air dan air sisa serta pemilihan bakteria yang mampu bertahan dalam kepekatan THMs yang tinggi. Kesan faktor pengoperasian yang dikaji adalah kepekatan awal THMs, kadar pengadukan dan saiz inokulum terhadap biopenguraian THMs. Aplikasi bakteria terhadap prestasi biopenuras pasir dan granular karbon teraktif biologi (BGAC) dalam menyingkirkan THMs juga dikaji bagi menilai kesan masa sentuhan lapisan kosong (EBCT). Berdasarkan keputusan, kandungan kepekatan jumlah THMs dalam air sisa industri, air sisa domestik, air permukaan, dan air paip di sekitar kawasan Universiti Kebangsaan Malaysia, masing-masing sebanyak 1519-2589, 1423-2059, 1481-3724 dan 1498-2333 μg/L. Bakteria terpilih yang mampu bertahan dalam kepekatan THMs yang tinggi adalah Tsukamurella inchonensis, Klebsiella quasipneuminiae, Bacillus subtilis dan Bacillus methylotrophicus. Prestasi penguraian THMs yang efektif menggunakan konsortium bakteria dicapai pada kepekatan awal THMs 1000 μg/L, saiz inokulum 15% dan kadar pengadukan 150 rpm dengan prestasi penyingkiran kloroform, bromodiklorometana, dibromoklorometana dan bromoform masing-masing sebanyak 37.5, 41.0, 44.2 dan 46.3%. Kajian selanjutnya mendapati EBCT yang lebih tinggi (15 minit) memberikan prestasi penyingkiran yang baik bagi kedua-dua reaktor biopenuras pasir (95.4-97.5%) dan BGAC (99.5-99.7%). Komposisi biojisim yang melekat pada GAC adalah lebih banyak berbanding pada pasir dengan masing-masing sebanyak 558-728 mg/g dan 372–419 mg/g dengan bilangan unit pembentukan koloni (CFU) sebanyak 5.5x107-8.71x107 CFU/g dan 3.25x107-5.30x107 CFU/g. Kesimpulannya didapati bahawa bakteria K. quasipneuminiae, B. subtilis dan B. methylotrophicus mampu menguraikan THMs dalam aplikasi reaktor biopenuras pasir dan BGAC, yang mana EBCT 15 minit merupakan tempoh yang paling sesuai untuk mendapatkan penyingkiran THMs yang efektif serta aplikasi dalam reaktor biopenuras hanya memerlukan tenaga dan kos yang rendah dalam operasi dan penyelenggaraan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Ketoksikan | - |
dc.subject | Trihalomethanes | - |
dc.title | Biopenguraian trihalometana (THMs) dalam air menggunakan pencilan bakteria tempatan | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 192 | - |
dc.identifier.callno | TD427.T77F337 2017 3 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003365(2018) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_100299+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.07 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.