Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457668
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Wan Mohd Faizal Wan Mahmood, Dr. | - |
dc.contributor.author | Muhammad Ahmar Zuber (P68920) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-12T09:11:58Z | - |
dc.date.available | 2023-09-12T09:11:58Z | - |
dc.date.issued | 2015-05-25 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:96938 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457668 | - |
dc.description | Jelaga yang dihasilkan oleh enjin diesel mengakibatkan pendegrasian minyak enjin dan potensi kehausan pada komponen enjin. Partikel jelaga yang terhasil ketika pembakaran di dalam silinder memasuki sistem minyak enjin melalui mekanisme pemindahan ke dinding silinder. Ia seterusnya terkikis masuk oleh gelang omboh dan termendap di dalam ruang engkol enjin dan menyebabkan degradasi minyak enjin. Kajian yang dijalankan secara berkomputer ini memfokuskan pada jejak dan saiz partikel jelaga yang berada di dalam silinder enjin terutamanya yang menghampiri dinding silinder dalam satu kitaran enjin. Objektif pertama kajian adalah untuk menghasilkan pengaturcaraan komputer yang lebih lengkap, teguh dan efisien bagi memudahkan pengurusan data dan memendekkan masa kajian. Objektif kedua adalah untuk mendapatkan taburan partikel jelaga di dalam silinder dan taburan saiznya pada sudut engkol yang berlainan. Objektif ketiga pula adalah untuk menganalisis kesan proses koagulasi, pertumbuhan permukaan dan pengoksidaan terhadap saiz partikel jelaga. Kaedah penjejakan dan peramalan saiz partikel jelaga ini dijalankan secara pasca-proses dengan rutin Matlab yang dibangunkan dan menggunakan data hasil simulasi dinamik bendalir komputeran (CFD) dan pembakaran di dalam enjin dengan menggunakan perisian Kiva-3V. Teknik interpolasi trilinear dan Runge-Kutta tahap keempat digunakan untuk meramal kedudukan dan keadaan dalam silinder semasa yang dilalui oleh partikel jelaga dengan menggunakan vektor halaju yang direkodkan pada nod-nod setiap sel. Penambahan rutin komunikasi antara Matlab dengan perisian Excel dibuat untuk memudahkan proses penyimpanan dan analisis data dengan lebih efisien dan teratur dalam masa yang lebih singkat. Pengiraan saiz partikel jelaga pula melibatkan proses pertumbuhan permukaan, koagulasi dan pengoksidaan. Model pertumbuhan permukaan diadaptasikan daripada persamaan pembentukan jelaga dua-langkah Hiroyasu, manakala model proses pengoksidaan adalah berdasarkan persamaan Nagle & Strickland-Constable (NSC). Sementara model matematik koagulasi yang digunakan pula adalah bergantung kepada bilangan partikel jelaga semasa dan berdasarkan persamaan yang dibangunkan oleh Wersborg. Penambahbaikan pada rutin Matlab telah membolehkan program keseluruhan beroperasi dengan lebih mudah dan efisien dengan pengurangan masa sebanyak 43 % tanpa ralat sehingga tamat kitaran. Analisis saiz partikel jelaga menunjukkan bahawa proses koagulasi menghasilkan peningkatan saiz partikel setinggi 65 % berbanding proses tanpa koagulasi bagi setiap partikel jelaga. Pada 8° CA ATDC partikel jelaga di dalam zon atas mangkuk adalah paling tinggi, diikuti oleh zon dalam mangkuk dan zon decitan (squish) dengan purata saiz partikel jelaga yang hampir sama sekitar 30 nm. Manakala pada 120° CA ATDC, bilangan partikel jelaga yang berada di zon atas mangkuk adalah paling tinggi diikuti dengan zon decitan dan zon dalam mangkuk masing-masing dengan purata saiz partikel 140 nm, 43 nm dan 97 nm. Pada awal pembakaran sehingga 10° CA ATDC, didapati bahawa kadar pertumbuhan permukaan adalah tinggi tetapi selepas daripada sudut engkol tersebut ia berkurangan secara drastik dan pengoksidaan menjadi dominan. Proses koagulasi berlaku serentak dengan proses lain pada awal pembakaran. Taburan saiz partikel jelaga bagi kedua-dua keadaan menunjukkan partikel yang lebih besar berkumpul di tengah silinder manakala partikel jelaga yang kecil menghampiri dinding silinder. 36 % daripada jumlah populasi jelaga dalam zon decitan berada kurang daripada 3 mm daripada dinding silinder dan partikel jelaga ini mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk melekat pada sempadan dinding silinder dan masuk ke dalam kotak engkol.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Jelaga | - |
dc.subject | Engin disel | - |
dc.subject | Automobiles -- Motors -- Fuel injection systems | - |
dc.title | Analisis berangka taburan saiz partikel jelaga di dalam enjin diesel suntikan terus | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 133 | - |
dc.identifier.callno | TL214.F78M843 2015 3 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002834(2017) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96938+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 198.12 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.