Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457665
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Kamal Ariffin Mohd, Prof. Ir. Dr.-
dc.contributor.authorNurul Islami (P68167)-
dc.date.accessioned2023-09-12T09:11:56Z-
dc.date.available2023-09-12T09:11:56Z-
dc.date.issued2016-01-21-
dc.identifier.otherukmvital:96936-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457665-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk mengkaji fenomena kakisan bahan dengan beban mekanik di persekitaran 3.5% Sodium Klorid. Hubungkait di antara fenomena kakisan dengan beban mekanik diperlihatkan dalam graf lengkung pengutuban kakisan. Satu alat pengukur elektrokimia telah dibangunkan dalam usaha untuk mengukur dan mentafsir perilaku pengutuban pada bahan keluli yang telah dipilih dengan kaedah pembebanan mengikut kepada piawai ASTM G-38. Aplikasi pengutuban keupayaan dinamik telah dipilih dalam pengukuran elektrokimia tersebut. Kaedah ekstrapolasi kecerunan Tafel ditunjukkan dalam bentuk graf pengutuban pada kawasan anod dan kawasan katod. Graf ini memberikan gambaran tabii bahan terhadap kesan bebanan dan persekitaran yang diukur secara elektrokimia. Pengukuran dilakukan pada spesimen dengan model cincin-C. Bebanan memberikan pesongan pada cincin-C yang menyebabkan tegasan pada permukaan cincin-C. Ujian mampatan telah dilakukan pada cincin-C untuk mendapatkan nilai maksimum pesongan yang tidak melebihi tegasan alah pada bahan keluli tahan karat 304. Tegasan di permukaan cincin-C ini dianggarkan dengan analisis unsur terhingga. Bebanan yang digunakan dalam pengukuran elektrokimia adalah pesongan dengan nilai 0.3mm, 0.5mm dan 0.7mm. Tegasan dari hasil analisis unsur terhingga didapati tegasan yang terjadi di permukaan cincin-C masing-masing adalah 285MPa, 476MPa dan 666MPa. Setelah rendaman selama 720 jam di dalam larutan 3.5% NaCl, lengkung pengutuban menunjukkan bahawa beban mekanik memberikan kesan kepada permulaan kakisan bopeng. Kelakuan kakisan paling giat terjadi pada spesimen dengan nilai pesongan 0.7mm dan masa perendaman 720 jam. Dengan nilai ECORR pada kisaran -889.958mV dan ICORR 232.615µA, kadar kakisan mencecah sehingga 94.100mpy. Spesimen yang tidak direndam, kadar kakisan spesimen tersebut hanya mencecah kepada 21.279mpy. Kadar kakisan pada specimen tanpa bebanan dan rendaman adalah 2.201mpy, lebih pasif 5.72% berbanding specimen direndam dengan kadar 2.327mpy. Kadar kakisan dengan pesongan 0.3mm ditunjukkan sebesar 4.093mpy pada spesimen tanpa rendaman dan sebesar 20.453mpy pada specimen dengan rendaman. Begitu pula pada spesimen dengan pesongan 0.5mm dan 0.7mm yang menunjukkan kadar kakisan lebih tinggi terjadi pada spesimen dengan rendaman. Perbezaan ini memberikan maklumat bahawa tegasan memberikan peranan signifikan terhadap fenomena kakisan sehingga memicu kakisan bopeng. Hasil ujikaji ini memberikan sumbangan untuk mentafsir tindak balas kakisan yang menerima bebanan mekanik. Lengkung pengutuban yang diperolehi, boleh menjadi parameter dalam aplikasi penyelakuan kakisan dengan lebih teliti.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectKakisan-
dc.subjectPengutuban-
dc.subjectBeban mekanik-
dc.subjectCorrosion and anti-corrosives-
dc.titleMekanisme pengutuban kakisan di bawah beban mekanik dengan persekitaran 3.5% sodium klorid-
dc.typetheses-
dc.format.pages115-
dc.identifier.callnoTA462.N846 2016 3 tesis-
dc.identifier.barcode002832(2017)-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96936+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
117.3 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.