Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457664
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJaharah A. Ghani, Prof. Dr.
dc.contributor.authorAli Nurrakhmad Siregar (P64747)
dc.date.accessioned2023-09-12T09:11:55Z-
dc.date.available2023-09-12T09:11:55Z-
dc.date.issued2015-01-28
dc.identifier.otherukmvital:85938
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457664-
dc.descriptionMinyak Jatropha yang dihasilkan daripada proses pengekstrakan boleh digunakan sebagai sumber tenaga alternatif berasaskan biodiesel dan biji Jatropha dijadikan sebagai pilihan yang terbaik kerana memiliki banyak kandungan minyak, mudah dibiakan, tahan terhadap kemarau, dan mudah ditukar menjadi biodiesel. Pada amnya, terdapat dua teknik yang digunakan untuk mengekstrak minyak Jatropha iaitu secara kimia dengan menggunakan bahan kimia sebagai pelarut dan secara mekanikal dengan menggunakan alat-alat mekanikal seperti skru dan omboh. Pelbagai teknik mekanikal telah diperkenalkan oleh penyelidik terdahulu, dan penyemperit skru tunggal merupakan penekan minyak terbaik. Ini kerana ianya mudah digunakan, reka bentuk yang ringkas dan operasinya tidak memerlukan banyak tenaga. Alat ini mempunyai skru yang berputar di dalam tong untuk menghantar, menghancurkan dan menekan biji Jatropha sehingga hujung muncung. Dalam kajian ini reka bentuk pengekstrak minyak Jatropha menggunakan penyemperit skru tunggal telah direka bentuk, prestasinya dianalisis menggunakan kaedah unsur terhingga dan pengiraan dinamik bendalir, ANSYS 14.0 dengan kod Ansys Polyflow. ANSYS 14.0 digunakan untuk analisis kesan kawasan aliran terhadap pengekstrakan minyak Jatropha, kesan geometri skru dan kesan parameter pengekstrakan terhadap penghasilan minyak Jatropha. Simulasi dilakukan pada lima reka bentuk skru iaitu saiz ulir normal (17, 20, 22, 25 dan 27 mm), kawasan celah (0.4-1.0 mm), kedalaman saluran (9.5, 10 dan 10.5 mm), dan sudut heliks (180, 200 dan 220) manakala diameter luar (60 mm), diameter dalam (40 mm) dan panjang (236 mm) skru diandaikan sama bagi setiap model skru. Model geometri skru direka bentuk dan diubah suai menggunakan perisian SOLIDWORKS 2008. Kaedah Pugh digunakan untuk menilai model skru terbaik berdasarkan data output yang dihasilkan seperti halaju, tekanan, tegasan ricih, dan suhu pada dua keadaan pengaliran haba, isoterma dan bukan isoterma. Keputusan simulasi menunjukkan bahawa kawasan aliran pada saluran terdiri dari kawasan pusat edaran, kawasan celah, dan kawasan punca. Manakala model skru terbaik dengan saiz panjang 236 mm, diameter dalam 40 mm, diameter luar 60 mm, ulir normal 22 mm, celah 0.4 mm, kedalaman saluran 10 mm, dan sudut heliks 200. Simulasi juga menunjukkan bahawa peningkatan kelajuan putaran skru dan kadar aliran jisim dapat meningkatkan halaju, tekanan, dan kadar ricih. Namun, peningkatan suhu masukan dapat meningkatkan suhu keluaran tetapi tidak memberi kesan pada kenaikan halaju, tekanan, dan kadar ricih. Dua model skru disahkan dengan uji kaji. Keputusan uji kaji didapati bahawa model skru 3 mampu mengekstrak 200 gram minyak manakala model skru 4 mampu mengekstrak 195 gram minyak daripada 700 gram biji Jatropha selama 1 jam. Akan tetapi, setelah mesin bekerja selama 1 jam adunan biji Jatropha akan mengeras pada hujung muncung dan menyebabkan aliran tersumbat dan tidak dapat mengeluarkan kek. Ini kerana putaran skru adalah malar menyebabkan kelajuan putaran skru terlalu rendah dan tidak dapat diubah suai. Walaupun skru penyemperit telah difabrikasi untuk pengekstrakan minyak yang optimum, namun komponen-komponen mesin yang lain juga didapati mempengaruhi prestasi proses pengekstrakan minyak Jatropha.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectJatropha
dc.subjectPengekstrakan
dc.subjectBiodiesel
dc.subjectPenyemperit skru tunggal
dc.subjectExtrusion process
dc.titleAnalisis reka bentuk skru pada penyemperit skru tunggal bagi pengekstrakan minyak Jatropha
dc.typetheses
dc.format.pages133
dc.identifier.callnoTJ1450.A435 2015 3 tesis
dc.identifier.barcode002644(2017)
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85938+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
426.03 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.