Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457663
Title: | Penilaian kakisan dan retak lesu ke atas bahan keluli API 5L X70 menggunakan teknologi pancaran akustik |
Authors: | Zuraidi Hanafi Hanafi (P49899) |
Supervisor: | Nordin Jamaluddin, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Kakisan Retak lesu Keluli Teknologi pancaran akustik Steel -- Corrosion |
Issue Date: | 24-Apr-2015 |
Description: | Kegagalan retakan lesu kakisan dalam sistem talian paip merupakan masalah utama dan berisiko tinggi yang dialami di dalam industri petroleum. Bagi mengurangkan risiko kegagalan ini kerja-kerja analisis perlu dilakukan dan teknik pancaran akustik ditemui sesuai bagi tujuan ini. Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis dan menilai kakisan dan retak lesu ke atas bahan keluli API 5L X70 menggunakan teknologi pancaran akustik yang jarang dikaji sebelum ini. Untuk mencapai objektif ini, ujian makmal dan ujian lapangan telah dilakukan. Di dalam ujian makmal, pertamanya ujian kakisan seragam spesimen menggunakan proses larutan elektrokimia, H2SO4 telah dilakukan bertujuan untuk mengukur dan mendapatkan kadar kakisan sebanyak 0.0556, 0.1929 dan 0.2976 mm/tahun yang dialami oleh spesimen. Isyarat pancaran akustik telah dicerap semasa ujian kakisan ini. Keduanya ujian lesu dilakukan ke atas spesimen keluli API 5L X70 tanpa kakisan dan yang telah mengakis. Hanya spesimen dengan kadar kakisan 0.0556 mm/tahun telah digunakan dalam ujian ini di mana ianya adalah hampir sama dengan kadar kakisan yang dialami oleh paip di lapangan. Isyarat pancaran akustik turut di cerap ke atas spesimen terkakis. Seterusnya ujian lapangan telah dijalankan dan isyarat pancaran akustik dicerap pada talian paip API 5L X70 yang telah mengalami kakisan sebanyak 0.0625 mm/ tahun yang terletak berhampiran dengan pemampat utama.Amplitud dan kiraan pancaran akustik untuk ujian kakisan seragam didapati meningkat dengan kadar kakisan. Perbandingan antara keputusan ujian lesu bagi spesimen terkakis dengan spesimen normal menunjukkan bahawa lengkung hayat lesu (spesimen terkakis) lebih rendah berbanding dengan lengkung hayat lesu (spesimen normal) dengan aplikasi beban yang sama. Corak isyarat pancaran akustik yang dicerap semasa ujian lesu ke atas specimen terkakis pula menunjukkan bahawa taburan isyarat dapat dibahagikan kepada tiga peringkat utama. Ketiga-tiga peringkat tersebut dipengaruhi oleh fenomena pengerasan berkitar dan pelembutan berkitar yang berlaku semasa ujian lesu dijalankan. Analisis isyarat domain frekuensi menunjukkan bahawa nilai frekuensi dominan bagi ketiga-tiga peringkat adalah hampir sama. Peringkat pertama, kedua dan ketiga masing-masing mencatatkan nilai frekuensi dominan maksimum pada 350.0 kHz, 340.0 kHz dan 335.0 kHz. Dengan ini, nilai frekuensi dominan bagi isyarat-isyarat yang dicerap pada ketiga-tiga peringkat hampir sama dan tidak menunjukkan perbezaan yang jelas. Nilai frekuensi dominan maksimum bagi ujian lapangan menunjukkan nilai pada 50.0 kHz. Analisis komponen utama telah dilakukan kepada isyarat pancaran akustik dan mampu untuk membezakan isyarat-isyarat domain frekuensi daripada ujian-ujian makmal dan lapangan. Hasil analisis komponen utama terhadap isyarat domain frekuensi daripada ujian makmal dan lapangan menunjukkan bahawa semua isyarat dapat dikelaskan dengan jelas. Ini menunjukkan bahawa analisis komponen utama berupaya untuk digunakan bagi tujuan penilaian isyarat pancaran akustik yang diperoleh daripada fenomena retak lesu kakisan. Hasil kajian menunjukkan teknologi pancaran akustik mampu mengesan dan menganalisis integriti sistem talian paip industri gas semasa operasi berasaskan pendekatan pemeriksaan berdasarkan risiko.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 142 |
Call Number: | TA467.Z857 2015 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85937+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.68 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.