Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457662
Title: Pengoptimuman kadar pemerangkapan CO2 dan penentuan komposisi biojisim oleh spesies mikroalga yang dipencilkan dan komersial
Authors: Zuraifah Minhat (P78409)
Supervisor: Muhammad Syukri Rahaman, Dr.
Keywords: Karbon dioksida
Biojisim
Mikroalga
Biomass
Issue Date: 31-Jan-2016
Description: Peningkatan kepekatan gas karbon dioksida (CO2) yang berterusan di atmosfera merupakan satu ancaman yang dihadapi oleh semua hidupan pada masa kini. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengatasi masalah ini di mana proses pemerangkapan CO2 menggunakan kaedah biologi, kimia dan fizik serta dana penyimpanan CO2 di dalam struktur geologi dan lautan telah diperkenalkan. Namun begitu, kesemua teknik ini mempunyai kekurangan dan kelemahan masing-masing yang melibatkan penggunaan tenaga, kos dan masa yang sangat tinggi. Pemerangkapan CO2 mengunakan mikroalga menjanjikan beberapa kelebihan seperti kadar pemerangkapan CO2 dan penghasilan biojisim yang berkualiti tinggi, mudah untuk dikendalikan, menggunakan tenaga, kos dan masa yang sangat sedikit dan penggunaannya tidak mencemarkan alam sekitar. Oleh itu, objektif kajian ini merangkumi pemilihan mikroalga yang dipencilkan dan komersial yang mempunyai kadar pertumbuhan serta penghasilan biojisim yang tinggi, pengoptimuman kadar pemerangkapan CO2 oleh spesies yang terbaik dan penentuan serta perbandingan komposisi biojisim yang terhasil antara spesies yang dipencilkan dengan spesies komersial. Spesies mikroalga yang dikaji adalah C. sorokiniana (UKM3) dan Characium sp. (UKM1) bagi spesies yang dipencilkan, manakalamikroalga komersial yang dikaji adalah C. vulgaris dan Ankistrodesmus sp. Berdasarkan keputusan, C.sorokiniana dan C. vulgaris terpilih dengan mempunyai nilai kadar pertumbuhan tertentu maksimum(µm)yang lebih tinggi iaitu masing-masing sebanyak 0.613 hari-1 dan 0.753 hari-1. Proses pengoptimaan kadar pemerangkapan CO2 dilakukan menggunakan perisian Design-Expert Software® (DOE). Dua faktor pertumbuhan yang dikaji adalah keamatan cahaya dan kepekatan media manakala tindak balas yang digunakan adalah nilai kadar pertumbuhan tertentu maksimum (µm) yang diperoleh dari Perisian MATLAB® menggunakan curve fitting tool. Keputusan menunjukkan keadaan optimum bagi C. sorokiniana adalah pada 3.96 × kepekatan BBM untuk kepekatan media dan 400 µmolm-2s-2 untuk keamatan cahaya, manakala bagi C. vulgaris 3.24 × kepekatan BBM dan 350 µmolm-2s-2 keamatan cahaya. Pada keadaan optimum ini, C. sorokiniana telah memerangkap CO2 secara maksimum pada kepekatan CO2 10% dengan kadar pemerangkapan CO2 sebanyak 335 mgL-1hari-1. Manakala C. vulgaris memerangkap CO2 secara maksimum pada kepekatan CO2 5% dengan kadar pemerangkapan CO2 sebanyak 339 mgL-1hari-1. Nilai kadar pemindahan CO2 ke dalam kedua-dua sistem mikroalga yang diperoleh adalah sebanyak 1.87 ms-1.Komposisi biojisim yang tertinggi yang diperoleh bagi keempat-empat mikroalga yang dikaji adalah protein (15-40%) diikuti oleh karbohidrat (1-4%) dan lipid (0.5-1.5%) menggunakan 1.0 g biojisim mikroalga. Kesimpulannya, bagi pemerangkapan CO2 serta penghasilan biojisim, tanpa CO2, C. vulgaris mempunyai kadar pertumbuhan yang lebih tinggi berbanding C. sorokiniana manakala jika CO2 digunakan, pencapaian C. sorokiniana dalam memerangkap CO2 dan penghasilan biojisim adalah lebih tinggi berbanding C. vulgaris. Oleh itu, mikroalga tempatan yang dipencil dari POME ini dapat diaplikasikan di Malaysia bagi tujuan pemerangkapan CO2 serta penghasilan biojisim yang tinggi. Tambahan lagi, kajian ini juga dapat membuktikan bahawa pada keamatan cahaya yang pelbagai, penggunaan kepekatan BBM boleh diubahsuaikan bagi mendapatkan keadaan optimum bagi pertumbuhan mikroalga.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 155
Call Number: QK568.M52Z857 2017 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85646+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
131.88 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.