Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457661
Title: | Penyingkiran nutrien daripada efluen kilang kelapa sawit (POME) dengan menggunakan pencilan mikroalga dan cyanobakteria serta potensi biojisim yang diperoleh |
Authors: | Tamilarasi B Tamil Selvam (P67918) |
Supervisor: | Mohd Sobri Takriff, Prof. Ir. Dr. |
Keywords: | Kelapa sawit Efluen Penyingkiran nutrien Mikroalga Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 23-Feb-2016 |
Description: | Kajian ilmiah ini mengkaji keupayaan penyingkiran nutrien dari efluen kelapa sawit (POME) oleh dua spesies mikroalga iaitu Characium sp UKM1 (KJ143753), Chlorella sorokiniana UKM2 (KP262477) dan satu spesies cyanobakteria Anabaena sp UKM5 (KP691598) yang dipencil dari POME bersama dua spesies mikroalga komersil, Botryococcus braunii dan Spirulina platensis.Kesemua ujikaji yang dijalankan pada skala makmal pada suhu 28 ± 1ºC dengan keamatan cahaya 30 µEm-2s-1 pada kitar cahaya/kegelapan sebanyak 12j/12j selama 20 hari. Sampel diambil pada sela 2 hari bagi analisis penyingkiran nutrien seperti nitrogen-ammonia, ammonia, ammonium, jumlah nitrogen, fosfat dan fosforus. Biojisim yang diperoleh dianalisis bagi kehadiran metabolit (protein dan lipid) serta pigmen (klorofil a, klorofil b, jumlah klorofil dan karotenoid). Kajian dimulakan dengan penyediaan inokulum yang dikultur secara aseptik dalam medium sintetik sebelum dikultur dalam POME yang diempar sebagai medium pertumbuhan. Anabaena sp mencatat kadar pertumbuhan tertinggi apabila dikultur dalam POME manakala spesies komersil Botryococcus braunii mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi dalam persekitaran aseptik. Kadar pertumbuhan bagi kesemua spesies dalam ujikaji ini adalah lebih rendah apabila dikultur dalam POME.Characium sp, mikroalga yang dipencil dari POME mencatatkan penyingkiran nutrien yang tinggi iaitu 86.91% bagi ammonia-nitrogen, 86.83% bagi ammonia dan 87.01% bagi ammonium. Characium sp juga telah menurunkan jumlah nitrogen, fosfat dan fosforus sebanyak 88.64%, 98.74% dan 98.0%. Kesemua spesies yang dikaji dalam kajian iniberjaya menyingkirkan sebahagian besar nutrien dari POME terempar. Chlorella sorokiniana, satu lagi mikroalga yang dipencil dari POME menghasilkan jumlah pigmen yang tertinggi dalam POME berbanding spesies lain dalam kajian ini iaitu 0.95 mg/L klorofil a, 1.31 mg/L klorofil b, jumlah klorofil sebanyak 2.12 mg/L serta 1.74 mg/L karotenoid. Tetapi angka ini adalah rendah jika dibandingkan dengan penghasilan pigmen oleh Chlorella sorokiniana dalam persekitaran aseptik. Botryococcus braunii menghasilkan protein yang tertinggi iaitu 19.84 mg/L dan lipid sebanyak 20.00 mg/L dalam POME manakala pada persekitaran aseptik pula sebanyak 38.00 mg/L bagi protein dan 110.74 mg/L lipid. Kesemua spesies yang dikaji mampu merawat efluen kilang kelapa sawit yang terempar dengan efisien, dan berpotensi untuk merawat punca sisa yang lain. Kajian ilmiah ini mengkaji keupayaan penyingkiran nutrien dari efluen kelapa sawit (POME) oleh dua spesies mikroalga iaitu Characium sp UKM1 (KJ143753), Chlorella sorokiniana UKM2 (KP262477) dan satu spesies cyanobakteria Anabaena sp UKM5 (KP691598) yang dipencil dari POME bersama dua spesies mikroalga komersil, Botryococcus braunii dan Spirulina platensis.Kesemua ujikaji yang dijalankan pada skala makmal pada suhu 28 ± 1ºC dengan keamatan cahaya 30 µEm-2s-1 pada kitar cahaya/kegelapan sebanyak 12j/12j selama 20 hari. Sampel diambil pada sela 2 hari bagi analisis penyingkiran nutrien seperti nitrogen-ammonia, ammonia, ammonium, jumlah nitrogen, fosfat dan fosforus. Biojisim yang diperoleh dianalisis bagi kehadiran metabolit (protein dan lipid) serta pigmen (klorofil a, klorofil b, jumlah klorofil dan karotenoid). Kajian dimulakan dengan penyediaan inokulum yang dikultur secara aseptik dalam medium sintetik sebelum dikultur dalam POME yang diempar sebagai medium pertumbuhan. Anabaena sp mencatat kadar pertumbuhan tertinggi apabila dikultur dalam POME manakala spesies komersil Botryococcus braunii mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi dalam persekitaran aseptik. Kadar pertumbuhan bagi kesemua spesies dalam ujikaji ini adalah lebih rendah apabila dikultur dalam POME.Characium sp, mikroalga yang dipencil dari POME mencatatkan penyingkiran nutrien yang tinggi iaitu 86.91% bagi ammonia-nitrogen, 86.83% bagi ammonia dan 87.01% bagi ammonium. Characium sp juga telah menurunkan jumlah nitrogen, fosfat dan fosforus sebanyak 88.64%, 98.74% dan 98.0%. Kesemua spesies yang dikaji dalam kajian ini berjaya menyingkirkan sebahagian besar nutrien dari POME terempar. Chlorella sorokiniana, satu lagi mikroalga yang dipencil dari POME menghasilkan jumlah pigmen yang tertinggi dalam POME berbanding spesies lain dalam kajian ini iaitu 0.95 mg/L klorofil a, 1.31 mg/L klorofil b, jumlah klorofil sebanyak 2.12 mg/L serta 1.74 mg/L karotenoid. Tetapi angka ini adalah rendah jika dibandingkan dengan penghasilan pigmen oleh Chlorella sorokiniana dalam persekitaran aseptik. Botryococcus braunii menghasilkan protein yang tertinggi iaitu 19.84 mg/L dan lipid sebanyak 20.00 mg/L dalam POME manakala pada persekitaran aseptik pula sebanyak 38.00 mg/L bagi protein dan 110.74 mg/L lipid. Kesemua spesies yang dikaji mampu merawat efluen kilang kelapa sawit yang terempar dengan efisien, dan berpotensi untuk merawat punca sisa yang lain.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 106 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85645+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 483.93 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.