Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457660
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNizaroyani Saibani, Dr.
dc.contributor.authorMuhammad Idham Sabtu (P68239)
dc.date.accessioned2023-09-12T09:11:53Z-
dc.date.available2023-09-12T09:11:53Z-
dc.date.issued2016-01-12
dc.identifier.otherukmvital:85644
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457660-
dc.descriptionRantaian bekalan kini terus-menerus mempunyai kitar akhir hayat produk yang singkat akibat kadar inovasi dan penembusan pasaran yang tinggi. Jualan secara atas talian dan katalog bagi peralatan elektrik dan elektronik mendapat permintaan tinggi di negara-negara membangun. Keadaan tersebut menyumbang kepada pengaliran produk berbalik yang memerlukan organisasi pengilangan semula untuk mengurus secara strategik dalam menangani aliran pulangan produk akhir kitar hayat yang meningkat serta mengandungi komposisi berbahaya. Pengurusan rantaian bekalan berbalik (RSCM) digunakan bagi memanfaatkan produk tersebut terhadap keuntungan ekonomi dan penjagaan alam sekitar. Terdapat tiga objektif utama kajian iaitu mengenalpasti implikasi proses dan teknologi terkini kitar semula komponen elektrik dan elektronik, e-waste di Malaysia, mengenalpasti faktor-faktor kritikal kejayaan bagi pengurusan rantaian bekalan berbalik yang berkesan, dan membangunkan sebuah kerangka konsep pembuatan keputusan bagi penambahbaikan RSCM. Kajian kes digunakan dalam mencapai objektif kajian dimana kaedah kualitatif dan kuantitatif digunakan dalam menganalisis data. Sebanyak 4 syarikat kajian telah dilakukan dengan temubual separa berstruktur dan dianalisis dengan kaedah kualitatif. Manakala, sebanyak 9 responden yang terdiri daripada pakar dilakukan bagi menjawab soal kaji selidik semasa kajian kes dilakukan. Data bagi soal selidik, dianalisis dengan kaedah kuantitatif mengunakan perisian Microsoft Excel, Matlab dan Winsteps bagi pendekatan Decision Making Trial and Evaluation Laboratory (DEMATEL) dan Model Pengukuran Rasch (MPR). Hasil dapatan kajian menunjukkan syarikat-syarikat kajian kes masih lagi menggunakan proses konvensional seperti mekanikal, hidrometalurgi dan pirometalurgi dalam mengestrak tembaga daripada e-waste, dan kelancaran aspek rantaian adalah dipengaruhi secara kritikal oleh faktor perundangan. Penerimaan pasaran produk kitar semula adalah menggalakkan terutamanya dalam menghasilkan produk baru berasaskan tembaga iaitu seperti ingot, kabel kuasa, tiub paip dan pengalir haba. Produk tembaga yang berkualiti mendapat permintaan yang tinggi bagi permintaan domestik dan luar negara berdasarkan aspek kualiti permukaan dan peratusan ketulenan. Analisis kaedah kuantitatif melalui pendekatan DEMATEL menunjukkan faktor perundangan mempunyai kesan kausal tertinggi berbanding faktor-faktor kejayaan kritikal yang lain. Manakala, generik proposisi strategik menunjukkan strategik perundangan persekitaran, amalan industri dan kuantiti sangat mempengaruhi pengurusan atasan dalam pembuatan keputusan didalam RSCM melalui pendekatan DEMATEL. Bagi pemilihan sub-kontraktor logistik terbaik, didapati kriteria peranan organisasi merupakan kriteria utama dalam pemilihan melalui pendekatan MPR. Hasil dapatan kajian kes serta kajian literatur digunakan dalam membangunkan sebuah kerangka konsep bagi pembuatan keputusan dalam penambahbaikan RSCM dan telah disahkan oleh 5 orang panel pakar melalui teknik Delphi sebanyak dua pusingan. Sasaran kerangka kerja ini bagi meningkatkan prestasi ekonomi, sosial dan persekitaran selain memperbaiki kelancaran rantaian pembekalan berbalik. Diharapkan kerangka konsep yang dibangunkan ini mampu memberi garis panduan tepat dalam pengurusan RSCM yang lebih sistematik dan praktikal kepada industri kitar semula e-waste yang kurang mendapat perhatian khusus berbanding industri-industri lain.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectRantaian bekalan
dc.subjectKitar semula
dc.subjectKomponen e-waste
dc.subjectRecycling (Waste
dc.subjectetc.) -- Malaysia
dc.titlePengurusan rantaian bekalan dan permintaan berbalik bagi kitar semula komponen e-waste di Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages251
dc.identifier.callnoTD794.5.M835 2016 3 tesis
dc.identifier.barcode002619(2017)
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85644+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
280.08 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.