Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457658
Title: Lorong belakang perumahan teres dua tingkat kos sederhana: implikasi rekabentuk terhadap permasalahan sosial
Authors: Siti Faridah Md. Lias (P60098)
Supervisor: Norngainy Mohd Tawil, Dr.
Keywords: Lorong belakang
Rumah teres
Masalah sosial
Reka bentuk
Architecture
Domestic -- Malaysia
Issue Date: 10-Jan-2017
Description: Reka bentuk lorong belakang berevolusi sejajar dengan perkembangan perumahan teres yang menjangkau lebih empat dasawarsa kewujudannya di Malaysia. Hakikatnya kini lorong belakang digambarkan sebagai pembaziran ruang, jalan yang kurang disenangi seterusnya mencetuskan kebimbangan sosial iaitu masalah keselamatan awam, kesihatan, keselamatan serta penjajahan privasi dan spiritual kejiranan yang menurun. Maka, objektif utama kajian ialah menentukan perkaitan tiga jenis reka bentuk; lorong belakang turap (LBT), lorong belakang landskap (LBL) dan tanpa lorong belakang (TLB) dengan penglibatan aktiviti penghuni dan tahap masalah sosial di perumahan teres dua tingkat kos sederhana. Kajian kes dijalankan di kawasan perumahan teres dua tingkat, kos sederhana ,tidak berpagar dan tidak berpengawal di Kota Seriemas dan Bandar Enstek di Nilai, Negeri Sembilan. Kajian menggunakan metod kombinasi. Data kualitatif diperolehi daripada pemerhatian dan temubual seterusnya dianalisa berdasarkan tematik. Data kuantitatif diperolehi melalui teknik soal selidik di mana ia melibatkan 261 orang penghuni sebagai responden. Soal selidik jenis skala Likert-5mata dan dianalisa mengunakan perisian SPSS 16.0 dan Microsoft Excel. Kaedah analisis min/sisihan piawai, hubungan (korelasi Pearson dan ANOVA) dan tematik dijalankan dalam kajian ini. Analisis mendapati elemen reka bentuk lorong belakang sangat mempengaruhi aktiviti, kekerapan penggunaan dan memeberikan kesan kepada isu sosial. Hasil kajian membuktikan reka bentuk lorong belakang berturap (LBT) mempunyai kurang kadar jenayah dan tahap kualiti kesihatan yang baik akan tetapi pencerobohan privasi visual berlaku, kualiti persekitaran bersifat konkrit serta spiritual kejiranan yang menurun. Waima pelbagai pertembungan isu sosial dan permasalahan yang dihadapi, kajian mendapati lorong belakang merupakan keperluan kepada penghuni perumahan teres walaupun tidak digunakan sepenuhnya. Oleh itu, cadangan kearah penambahbaikan lorong belakang dalam aspek sistem keselamatan, sistem pencahayaan dan skop penyelenggaraan untuk memaksimumkan potensi lorong belakang sebagai ruang optimum turut dibincangkan dalam kajian ini. Penemuan kajian dapat membantu pemaju, arkitek , pembuat dasar dan ahli akedemik dalam mereka bentuk dan menyusun atur lorong belakang kediaman sebagai ruang yang lestari untuk generasi akan datang seterusnya meningkatkan kualiti hidup penghuni ke arah bandar yang berdayahuni.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 246
Call Number: NA7521.S537 2017 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85642+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
690.33 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.