Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457654
Title: Pengenalpastian faktor-faktor kritikal kejayaan untuk pelaksanaan teknik penandaarasan di dalam industri kelapa sawit Malaysia
Authors: Norashikin Rahman (P47205)
Supervisor: Hj. Baba Md. Deros, Prof. Dr.
Keywords: Palm oil industry - Malaysia.
Issue Date: 29-Aug-2013
Description: Teknik penandaarasan merupakan satu peralatan peningkatan prestasi yang penting dan boleh digunakan di dalam pelbagai jenis industri. Pemprosesan minyak kelapa sawit merupakan satu industri yang menyumbang kepada perkembangan dan kestabilan ekonomi negara. Sebagai pengeluar dan pengeksport terbesar minyak sawit dan produk berasaskan sawit, Malaysia mempunyai peranan penting demi memenuhi keperluan minyak dan lemak yang semakin meningkat di peringkat global. Walau bagaimanapun, tiada data kajian empirikal berkaitan teknik penandaarasan di dalam industri ini. Kebanyakkan syarikat di dalam industri sawit mengalami masalah kekurangan pengetahuan dalam pengurusan dan sumber. Mereka juga tidak mempunyai rujukan yang jelas untuk melaksanakan teknik penandaarasan dengan betul bagi meningkatkan daya saing di dalam pasaran. Pendedahan yang diperolehi adalah di peringkat awal dan sukar diterjemahkan kepada amalan secara berterusan. Daripada kajian literatur, teknik penandaarasan telah banyak dilaksanakan di dalam pelbagai industri, tetapi tidak di industri sawit. Objektif utama kajian ini adalah bagi mengenalpasti faktor-faktor kritikal kejayaan (CSFs) bagi pelaksanaannya di dalam industri sawit, yang bermula dari penanaman pokok kelapa sawit sehinggalah penghasilan minyak sawit mentah (CPO). Bagi mencapai objektif ini, kaedah campuran iaitu secara kualitatif dan kuantitatif telah digunakan. Melalui kaedah kuantitatif, soalan kaji selidik telah dibangunkan, disahkan oleh pakar dan diuji kebolehpercayaannya. Soalan ini telah dihantar secara pos kepada 700 orang responden yang terlibat dalam penanaman serta pemprosesan minyak kelapa sawit di seluruh Malaysia. Sebanyak 44% maklumbalas telah diterima dan dianalisis mengunakan perisian SPSS 18. Didapati bahawa sebahagian besar daripada responden berada di peringkat awal pelaksanaan teknik penandaarasan. Selain itu, didapati tahap pengetahuan dan pemahaman mengenai penandaarasan serta peranannya untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses serta daya saing di dalam pasaran juga masih rendah. Umumnya, responden mempunyai persepsi kepentingan yang berbeza berbanding amalan sedia ada terhadap lapan CSFs. Walaupun persepsi kebanyakan responden terhadap kepentingan sesuatu CSFs itu tinggi, namun amalannya masih berada di tahap yang rendah. Kajian juga menunjukkan kebanyakan responden bersetuju bahawa teknik penandaarasan dapat mengenal pasti kelemahan yang memerlukan penambahbaikan yang dapat meningkatkan prestasi. Mereka juga menganggap kepuasan pelanggan serta komitmen pengurusan atasan serta kepimpinan menjadi faktor penting semasa pelaksanaan teknik penandaarasan yang berjaya. Manakala bagi kaedah kualitatif, kajian kes dan analisis silang telah dijalankan tehadap tiga buah syarikat bagi mendalami penemuan kaji selidik. Kajian kes ini menunjukkan aktiviti perlaksanaan teknik ini masih berada di tahap permulaan serta memerlukan lebih banyak bimbingan. Halangan utama dalam pelaksanaan teknik ini adalah keengganan untuk berubah, kekurangan dari segi sumber, kemahiran serta pemahaman di dalam teknik ini. Secara keseluruhannya, syarikat di dalam industri sawit memerlukan lebih banyak pendedahan, panduan serta latihan jika ingin melaksanakan teknik penandaarasan di dalam organisasi masing-masing. Kajian ini telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan dan diharap dapat memberi sumbangan yang berharga kepada peningkatan ilmu dan teori dalam pelaksanaan penandaarasan di dalam industri kelapa sawit.,Master / Sarjana
Pages: 169
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85101+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
9.55 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.