Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457652
Title: Sistem teleperubatan untuk pemantauan isyarat fisiologi penting menggunakan pembantu peribadi digit
Authors: Muhammad Rosli Abdullah (UKM Bangi) (P41872)
Supervisor: Mohd Alauddin Mohd Ali, Prof. Dr.
Keywords: Teleperubatan
Telecommunication in medicine
Issue Date: 11-Apr-2012
Description: Telepenjagaan di rumah berpotensi untuk digunakan secara meluas dengan kemajuan teleperubatan. Sistem telepenjagaan di rumah memerlukan pelbagai sensor sebagai penunjuk kesihatan dan unit bagi komunikasi di antara pesakit dan doktor. Walaupun banyak sistem telepenjagaan di rumah telah pun wujud di pasaran, unit berdiri sendiri untuk pelbagai pengukuran dan paparan isyarat tanpa wayar dengan hubungan bluetooth akan menjadikan telepenjagaan lebih anjal. Objektif utama kerja ini ialah untuk membangunkan pelbagai unit bagi mengukur isyarat penting yang akan dihubungkan secara tanpa wayar kepada unit paparan, dan seterusnya kepada pembantu peribadi digit (PDA) melalui hubungan bluetooth. Pembangunan sistem yang melibatkan instrumentasi dan komunikasi adalah berteraskan kepada mikropengawal PIC16F877A. Pelbagai transduser seperti thermistor NTC, sel beban dan pengesan tekanan digunakan bagi pengukuran suhu badan, berat badan, denyutan nadi serta tekanan darah. Setiap unit isyarat penting dilengkapi dengan penghantar terima frekuensi radio (RF) beroperasi di antara 433-434 MHz dengan kadar baud 19.2 kbps. Bingkisan yang terdiri daripada bait data isyarat penting dan pelayak dihantar bersama-sama sebagai pengenalan (ID) unik kepada unit paparan. Atas penerimaan ID, semua data isyarat penting akan diatur dan dipaparkan oleh unit paparan di atas 40×4 LCD bersama tarikh dan masa semasa yang telah ditentukan daripada pad kekunci 4×4 untuk jam masa nyata. Akhirnya, data yang diperoleh akan dihantar ke PDA melalui modul penghantar terima bluetooth 2.4 GHz. Antara muka pengguna grafik (GUI) telah dibangunkan dengan rekabentuk perisian windows mobile yang memaparkan semua ukuran data dengan masa dan tarikh di atas PDA. Pemantauan isyarat penting melalui PDA telah dioptimumkan sejauh 100 meter dengan ketepatan sukatan suhu badan pada ±0.1 °C, sukatan berat badan sehingga 150Kg, sukatan tekanan darah dari 0 mmHg hingga 260 mmHg dan pengukuran denyutan nadi dengan julat 40 BPM/ 180 BPM. Prototaip ini bermanfaat dengan keanjalan sistem tanpa wayar dari pesakit ke peralatan perubatan dan pemusatan data pesakit di dalam kumpulan rangkaian ataupun piconet melalui hubungan bluetooth. Ini membolehkan pesakit ataupun pakar perubatan untuk mencapai data perubatan melalui PDA. Produk akhir adalah berlandaskan mesra pengguna dengan pensintesis suara berfungsi sebagai penggera serta bantuan dan panduan penggunaan sistem teleperubatan.,Master / Sarjana
Pages: 198
Call Number: R119.9.M84647 2012 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85063+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.22 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.