Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457650
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMasturah binti Markom, Prof. Madya Dr-
dc.contributor.authorSiti Nur Fadhilah binti Zainudin (P53360)-
dc.date.accessioned2023-09-12T09:11:47Z-
dc.date.available2023-09-12T09:11:47Z-
dc.date.issued2013-12-30-
dc.identifier.otherukmvital:85054-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457650-
dc.descriptionTitanium dioksida, TiO2 merupakan semikonduktor yang biasa digunakan di dalam sel solar pemeka warna (DSSC).Namun begitu, hanya 3-5% sahaja komposisi cahaya UV yang mampu diserap dan diaktifkan disebabkan oleh luang jalur TiO2 yang lebar (≈3.2 eV).Pengedopan bahan lain ke atas TiO2 dapat menggalakkan perubahan tenaga luang jalur dan memindahkan pinggir penyerapan ke kawasan cahaya tampak.Namun begitu, tindakbalas dopan yang kompleks terhadap TiO2 menyebabkan pemilihan dopan yang sesuai harus dijalankan.Objektif utama kajian ini adalah bagi menentukan parameter optimum menerusi Rekabentuk Komposit Berpusat (CCD) dan juga mengenalpasti kesan jenis dan kepemekatan dopan seperti Nikel, Ni (logam peralihan), Sodium, Na (logam alkali), Boron, B (separa logam) dan Karbon, C (bukan logam) ke atas keupayaan DSSC. Pencirian telah dijalankan ke atas zarah menggunakan Pembelau sinar-X (XRD), Mikroskop Pengimbas Elektron (SEM), Mikroskop Penghantaran Elektron (TEM) dan Spektroskopi Inframerah Transformasi Fourier (FTIR). Keupayaan zarah dalam pengangkutan elektron pula diukur menerusi pencirian lengkungan arus-voltan (I-V) dalam aplikasi DSSC. Hasil pencirian ANOVA menunjukkan suhu rawatan haba (C), interaksi kepemekatan air dengan suhu penahanan (AB) dan interaksi kepemekatan air dengan suhu rawatan haba (AC) merupakan parameter proses yang signifikan terhadap perubahan keupayaan DSSC. Parameter optimum bagi penghasilan TiO2 adalah nisbah air/DIPBAT/isopropanol iaitu 1:10:500, suhu penahanan 36°C dan suhu rawatan haba 400°C. Pengedopan TiO2 pada parameter optimum tersebut menunjukkan dopan Ni memberikan peratus keupayaan DSSC tertinggi iaitu 2.97% diikuti oleh C (0.12%), B (0.04%) dan Na (0.03%) iaitu masing-masing pada kepemekatan optimum dopan 0.075M, 0.025M, 0.100M dan 0.025M.,Master / Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectDye-sensitized solar cells.-
dc.titlePengoptimuman dan kesan bahan dopan ke atas penghasilan zarah Tio2 bagi peningkatan prestasi sel solar pemeka warna-
dc.typetheses-
dc.format.pages127-
dc.identifier.barcode002714 (2013)-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85054+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.32 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.