Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457649
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAnuar Kasa, Dr. Ir.
dc.contributor.authorMuhammad Nazri Noordin (P57892)
dc.date.accessioned2023-09-12T09:11:47Z-
dc.date.available2023-09-12T09:11:47Z-
dc.date.issued2014-01-29
dc.identifier.otherukmvital:85053
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457649-
dc.descriptionPeningkatan kejadian gegaran dirasai di Malaysia akibat gempa bumi serantau telah menimbulkan kebimbangan dan persoalan tentang risiko keselamatan nyawa dan harta benda. Dalam bidang kejuruteraan gempa bumi, profil tanah yang lemah mempengaruhi prinsip asas pembinaan bangunan. Jika dominan frekuensi gegaran gempa bumi menyamai frekuensi tabii bangunan, kesan resonan akan menyebabkan kerosakan pada struktur bangunan. Bahagian asas atau sokongan pada struktur cenderung untuk bergerak mengikut pergerakan tanah dan akan menyebabkan tekanan dan deformasi. Sebarang struktur konkrit bertetulang perlu mempunyai kapasiti daya kemuluran yang mencukupi terhadap beban seismik dan rekabentuk perlu diperkukuhkan mengikut piawaian tahan gempa. Justeru, tesis ini mengemukakan kajian awal siasatan dominan frekuensi F0, yang mempengaruhi resonan. Salah satu kaedah alternatif yang boleh digunakan untuk menyiasat profil tanah adalah dengan menggunakan hingar ambien iaitu ayunan amplitud rendah di permukaan tanah yang dihasilkan oleh sumber semula jadi seperti tiupan angin, gelombang lautan, reaksi geoterma atau sumber tiruan seperti kesan industri, pergerakan manusia, kenderaan dan banyak lagi. Teknik yang diperkenalkan Nakamura menganggar dominan frekuensi tanah lembut dengan menggunakan nisbah spektrum isyarat hingar ambien mengufuk kepada menegak atau Horizontal-Vertical Spectral Ratio (HVSR) yang dirakam di stesen strong motion sekitar Lembah Klang. Rangkaian stesen strong motion dilengkapi Triaxial Episensor Force Balance Accelerometer (ETNA) beroperasi 24 jam sehari dengan keupayaan untuk merekod puncak percepatan tanah (PGA). Melalui kaedah ini, lengkung spektrum HVSR adalah anggaran frekuensi dominan dan puncak amplitud adalah keamatan beza jelas galangan di antara lapisan tanah lembut dan tanah kaku. Sesetengah kajian mendapati ianya boleh digunakan sebagai faktor penguatan tanah. Setiap stesen diukur dengan menggunakan segmen masa yang diambil pada tahun 2010, 2011 dan 2012. Dominan frekuensi dan nilai penguatan HVSR dibandingkan dengan gempa bumi Sumatera menggunakan Nisbah Spektrum Piawai atau Standard Spectral Ratio (SSR) oleh Borcherdt yang telah lama digunakan oleh ramai penyelidik. Hasil keputusan analisis HVSR untuk menganggar dominan frekuensi bagi stesen strong motion di sekitar Lembah Klang adalah 2.9 Hz hingga 12.8 Hz dan kajian juga mendapati F0 adalah stabil walaupun sumber hingar diuji pada sela tahun yang berbeza. Amplitud HVSR berbeza puncak berkemungkinan dipengaruhi oleh keamatan sumber hingar ambien, profil tanah dan waktu rakaman hingar ambien dilakukan. Kajian ini menunjukkan HVSR boleh digunakan sebagai salah satu kaedah untuk mengenal pasti kesan resonan di mana sembilan (9) daripada dua belas (12) stesen yang diuji menunjukkan lengkung spektrum dan jalur frekuensi yang sama dengan SSR. Walau bagaimanapun nisbah penguatan hingar ambien didapati tidak konsisten. Kaedah HVSR telah didapati mempunyai hubungan dengan dominan frekuensi tanah yang berkaitan dengan kekukuhan tanah. Jika rakaman hingar ambien dipertingkatkan dengan menggunakan grid yang lebih padat, HVSR boleh dipetakan dalam bentuk kontur bagi membantu dalam peringkat awal rekabentuk infrastruktur.,Master / Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectEarthquake engineering
dc.titleMengenalpasti frekuensi dominan tanah menggunakan pengukuran hingar ambien dan perbandingan dengan nisbah spektrum piawai
dc.typetheses
dc.format.pages105
dc.identifier.callnoTA654.6.M84349 2014
dc.identifier.barcode002127
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85053+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.25 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.