Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457648
Title: | Sintesis gentian nano karbon menggunakan kaedah elektroputaran untuk aplikasi penstoran hidrogen |
Authors: | Norazrina Mat Jali (P52852) |
Supervisor: | Zahira Yaakob, Prof.Ir. Dr. |
Keywords: | elektroputaran Nanofibers |
Issue Date: | 22-Aug-2013 |
Description: | Penghasilan gentian nano karbon (GNK) menggunakan kaedah elektroputaran semakin mendapat perhatian kerana ia berpotensi sebagai bahan penstoran hidrogen yang baik. Kaedah elektroputaran digunakan secara meluas kerana ianya mudah dikendalikan,cekap, serta dapat menghasilkan gentian dengan julat diameter dari mikrometer (µm) hingga nano meter (nm).Penyelidikan ini bertujuan untuk menghasilkan GNK melalui kaedah elektroputaran dengan menggunakan Poly(vinylidene) fluoride(PVDF) sebagai bahan asas utama. N,N dimetil formamida (DMF) dan aseton digunakan sebagai pelarut bagi PVDF untuk menyediakan larutan yang homogen.Elektroputaran dijalankan pada suhu bilik dengan bekalan voltan 20kV dan pada kadar suapan larutan 4µl/min dengan menggunakan pam. Besi oksida, nikel oksida,magnesium oksida dan zink oksida ditambah kepada gentian dan dinamakan sebagai PVDF+Fe2O3, PVDF + NiO,PVDF + MgO serta PVDF + ZnO. Kesemua oksida logam ditambah dengan peratusan kepekatan yang berbeza (0.02wt%,0.05wt% dan 0.1wt%) bagi setiap satunya. Diameter gentian diperhati menggunakan mikroskop imbasan elektron pancaran medan (FESEM) dan didapati berada pada julat 200-800nm.Gentian kemudiannya melalui proses penstabilan pada suhu 70°C dan penyahflorinan (DHF) sebelum diteruskan dengan proses karbonisasi. DHF dijalankan pada tiga kadar berbeza iaitu DHF 0.5,DHF 1 dan DHF 5. Luas permukaan dan isipadu maksimumgas yang diserap oleh gentian diukur dengan menggunakanBruauneuer Emmett Teller (BET).DHF 1 menunjukkan nilai luas permukaan dan isipadu resapan gas yang paling tinggi. Oleh itu, iadipilih sebagai kadar DHF yang optimum. Analisis gravimetrik terma (TGA) menunjukkan bahawa bagi gentian yang menjalani proses DHF, baki gentian yang tidak terurai selepas suhu 800°C adalah 20% lebih tinggi berbanding gentian yang tidak menjalani proses DHF.Karbonisasi dijalankan pada suhu 800°C dan 1000°C.Peningkatan peratusan luas permukaan dan isipadu maksimumgas yang diserap oleh PVDF+FeO, PVDF + NiO, PVDF + MgO dan PVDF + ZnO pada suhu 800°C adalah masing masing sebanyak 94.5%, 95%, 43% dan 49% lebih tinggi berbanding pada suhu 1000°C. Suhu 800°C dipilih sebagai suhu karbonisasi yang optimum.Keupayaan resapan gas hidrogen diukur menggunakan program nyahresapan suhu (TPD). Analisis dilakukan dengan mengalirkan gas hidrogen kepada gentian selama 1jam pada tekanan 1000 atm pada suhu bilik. PVDF dengan kepekatan 0.05 wt% ZnO menunjukkan keupayaan resapan hidrogen yang paling tinggi iatu sebanyak 3.41 wt % H2, diikuti dengan PVDF + MgO (2.11 wt % H2), PVDF + Fe2O3 (1.42 wt % H2) dan PVDF + NiO (1.07 wt % H2). Bagi PVDF tanpa penambahan oksida logam pula, penyerapan gas hidrogen hanyalah sebanyak 0.16 wt %H2.Penambahan oksida logam berupaya meningkatkan keupayaan penstoran hidrogen sehingga 20 kali ganda lebih tinggi berbanding GNK tanpa oksida logam.Keputusan kajian ini menunjukkan GNK berasaskan PVDF telah berjaya disintesis melalui kaedah elektroputaran.Ianya boleh diaplikasikan sebagai bahan yang mampu untuk menyerap dan menyahserap hidrogen.Penambahan oksida logam juga dibuktikan berfungsi sebagai mangkin untuk meningkatkan keupayaan penstoran hidrogen oleh GNK.,Master / Sarjana |
Pages: | 126 |
Call Number: | TA418.9.F5N646 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85045+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.99 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.