Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457647
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJamaliah, Prof. Dr.
dc.contributor.authorNor Zawanah Ab. Hamid (P48974)
dc.date.accessioned2023-09-12T09:11:46Z-
dc.date.available2023-09-12T09:11:46Z-
dc.date.issued2013-08-30
dc.identifier.otherukmvital:85028
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457647-
dc.descriptionBiohidrogen adalah bahan api yang berpotensi untuk masa hadapan kerana boleh diperbaharui dan tidak mencemarkan alam sekitar. Biohidrogen boleh dihasilkan dari fermentasi foto dalam keadaan anaerobik. Bakteria fotosintetik ungu tanpa sulfur seperti Rhodobacter sphaeroides telah dikaji secara meluas untuk penghasilan biohidrogen. Dalam kajian ini, penghasilan biohidrogen oleh R. sphaeroides NCIMB 8253 dikaji dengan mengoptimumkan parameter seperti umur inokulum, keadaan aerobik dan anaerobik, pH awal, keamatan cahaya, kepekatan-kepekatan berbeza asid malik sebagai sumber karbon, L-glutamat sebagai sumber nitrogen dan ferum sitrat sebagai sumber zat besi. Kultur bakteria dieram secara anaerobik menggunakan 100 ml medium Biebl dan Pfenning dalam botol serum. Keputusan menunjukkan bahawa inokulum pada awal fasa eksponen iaitu 24 jam menghasilkan biohidrogen yang lebih banyak iaitu 299.48 ml H2/g asid malik. Keputusan daripada kajian pH awal pula menunjukkan bakteria ini mampu menghasilkan biohidrogen dalam julat pH dari pH 6 - pH 10. Nilai optimum pH yang diperolehi adalah pH 7 dengan penghasilan biohidrogen tertinggi 47 ml H2 per 100 ml medium atau bersamaan dengan hasil 233.41 mL per g asid malik. Kesan kepekatan asid malik yang berbeza, kesan kepekatan L-glutamat yang berbeza, dan kesan kepekatan ferum sitrat yang berbeza kemudian dikaji untuk menentukan had julat kepekatan yang sesuai sebelum ujikaji pengoptimuman menggunakan kaedah sambutan permukaan (RSM) dilakukan. Kepekatan awal asid malik yang dipilih ialah 0, 1, 2, 4 dan 8 g/l manakala kepekatan awal L-glutamat ialah 0, 0.18, 0.36, 0.72 dan 1.44 g/l. Penambahan L-glutamat yang berlebihan ke dalam medium didapati merencatkan penghasilan biohidrogen. Lima kepekatan ferum sitrat iaitu 0 mg/l, 2.5 mg/l, 5 mg/l, 7.5 mg/l dan 10 mg/l dikaji. Didapati, bentuk profil pertumbuhan adalah hampir sama dan ini menunjukkan bahawa penambahan unsur zat besi tidak menjejaskan pertumbuhan bakteria tetapi memberi kesan terhadap penghasilan biohidrogen kerana ia bertindak sebagai kofaktor dalam metabolism tenaga. Kajian RSM digunakan untuk kepekatan tiga nutrien di atas dan didapati nilai optimum adalah 2.57 g/l asid malik, 0.42 g/l L-glutamat and 2.88 g/l ferum sitrat dengan 92 ml biohidrogen dalam 100 ml medium. Akhir sekali, kajian diteruskan dengan menjalankan ujikaji dalam bioreaktor sesekumpul berjujukan menggunakan parameter-parameter yang telah dioptimumkan dalam ujikaji botol serum. Hasil biohidrogen yang diperolehi adalah 2314 ml H2 dengan isipadu bekerja 2.3 L dengan medium disuap pada hari ke-7 dan ke-17 fermentasi. Dari kajian ini menunjukkan R. sphaeroides NCIMB 8253 berpotensi untuk menghasilkan biohidrogen dan proses fermentasinya boleh dilakukan dalam bioreaktor foto teraduk,Master / Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectBiohidrogen
dc.subjectBakteria Rhodobacter
dc.subjectPhotosynthetic bacteria
dc.titlePengoptimuman penghasilan biohidrogen menggunakan bakteria Rhodobacter sphaeroides
dc.typetheses
dc.format.pages140
dc.identifier.callnoTP245.H9N646 2013 3
dc.identifier.barcode002065
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85028+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.42 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.