Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457638
Title: Penilaian ornamen seni bina kontemporari Indonesia berdasarkan kerangkakerja seni bina organik Frank Lloyd Wright
Authors: Mohammad Arsyad Bahar (P60929)
Supervisor: Nangkula Utaberta, Dr.
Keywords: seni bina organik
Architecture
Modern
Issue Date: 10-Oct-2013
Description: Ornamen dalam seni bina selain berfungsi sebagai penambah atau pencipta estetika juga memiliki peranan penting dalam membentuk identiti seni bina. Ornamen yang memiliki jiwa kebangsaan seharusnya dapat menjadi perwujudan dari nilai-nilai jati diri bangsa itu sendiri dan bukan hanya sebagai unsur pelengkap mahupun estetika fizikal sahaja. Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan kerangka kerja baru berdasarkan rangka kerja seni bina organik Frank Lloyd Wright (prinsip, fungsi, dan reka bentuk fizikal) sebagai asas penilaian reka bentuk ornamen seni bina kontemporari di Indonesia. Kajian ini menggunakan kaedah pendekatan kualitatifperbandingan, iaitu berdasarkan kualiti daripada kerangka kerja ornamentasi Frank Lloyd Wright dan membandingkan (penilaian) terhadap objek kaji selidik ornamen seni bina kontemporari di Indonesia. Binaan yang dijadikan penilaian ialah Muzium Tsunami Aceh, Masjid Raya Padang, Masjid Al-Irsyad Bandung, Persada Soekarno Blitar, Anjungan Seni Idrus Tintin Pekanbaru Riau, Ngurah Rai Airport Bali, Pejabat Walikota Banjarmasin Kalimantan Selatan, Rumah Pejabat Gubernur Kalimantan Timur, dan Pejabat Gabenor Sulawesi Barat. Penilaian yang telah dilakukan didapati penggunaan ornamen pada beberapa seni bina kontemporari di Indonesia masih berada pada tahap awal, iaitu tahap dokumentasi dan klasifikasi. Kemudian ornamen tersebut juga masih banyak bersifat pengulangan bentuk masa lalu yang kurang sesuai dengan konteks sezaman dan peniruan atau imitasi yang kurang dapat mempertimbangkan nilai-nilai ornamen yang sebenarnya dan lebih mementingkan aspek estetika fizikal “kosmetik”. Terdapat beberapa bangunan dari objek kajian ini telah menggunakan ornamen dengan mempertimbangkan prinsip reka bentuk Frank Lloyd Wright yang mengarah kepada perwujudan identiti tempatan iaitu mampu bersanding dengan konteks moden dan masih memiliki nilai-nilai semangat jati diri seni bina tempatan (local wisdom), seperti bangunan Museum Tsunami Aceh, Masjid Al-Irsyad Bandung dan Prasada Soekarno Blitar. Kajian ini menghasilkan kerangka kerja baru bagi reka bentuk ornamen seni bina kontemporari yang terdiri daripada tiga aspek utama, pertama ialah prinsip (semulajadi, integrasi nilai dan bentuk, fungsionalisme dan falsafah demokrasi), kedua ialah fungsi (estetik, rujukan, lingkungan, moral dan perilaku, bentuk), dan ketiga ialah reka bentuk fizikal (bahan, bentuk dan penempatan).,Ornament in architecture is not only for physical beauty, but also has an important role to build architectural identity. An ornament that carries national pride should be the realization of the values of national identity itself and not only as a complementary element of aesthetics. This study aims to produce a new framework based on a framework of organic architecture Frank Lloyd Wright as a basis of assessment for contemporary architectural ornament in Indonesia. This study used qualitative methods and comparison approaches, which is based on the quality of ornamental frameworks Frank Lloyd Wright and compare (assessment) with the object survey on ornaments contemporary architecture in Indonesia. Object of assessment are Aceh Tsunami Museum, Padang Mosque, Al-Irsyad Mosque Bandung, Soekarno Persada Blitar, Anjungan Seni Idrus Tintin Pekanbaru Riau, Ngurah Rai Airport Bali, South Kalimantan Banjarmasin Mayor's Office, Home Office of the Governor of East Kalimantan and West Sulawesi Governor's Office. The assessments that have been done indicate that most of the ornamentation on some contemporary building in Indonesia is still at the early stage, the stage of documentation and classification. There are still lots of imitation from traditional ornament and more concerned to the physical aspect, cosmetic". However
Pages: 232
Call Number: NK1480.A1M8437 2013 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84831+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
23.65 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.