Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457632
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nurina Anuar, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Norha Saifuddin (P40829) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-12T09:11:36Z | - |
dc.date.available | 2023-09-12T09:11:36Z | - |
dc.date.issued | 2011-05-30 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:84577 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457632 | - |
dc.description | Sistem pengekspresan sel mamalia sangat diperlukan dalam penghasilan protein rekombinan terapeutik pada skala industri kerana keupayaannya sebagai hos dalam menghasilkan protein berkualiti tinggi yang menyamai bentuk protein semulajadi manusia. Cabaran utama dalam penghasilan protein rekombinan terapeutik adalah untuk membangunkan kultur sel perumah penghasil yang stabil daripada segi produktivi dan kemandirian untuk jangka masa panjang. Penyelidikan ini bertujuan untuk membangunkan sistem pengekspresan protein yang stabil dalam sel Chinese Hamster Ovary (CHO) dengan menggunakan sumber gen berbeza. Dalam kajian ini, tiga jenis konstruk gen telah digunakan untuk kajian pengekspresan menggunakan sistem transfeksi lipid berkation iaitu gen lacZ E. coli, penghasil protein - galaktosidase, gen LipL32; penghasil protein LipL32 daripada Leptospira interrogans dan gen ke 6 rotavirus (RV); penghasil protein VP6 rotavirus. Gen lacZ pada vektor pengekspresan pcDNA4/HisMax©-TOPO®/lacZ dikenal pasti mempunyai panjang 3060 nukleotida dengan anggaran berat molekul 116 kDa. Pengklonan gen LipL32 L. interrogans ke dalam vektor pengekspresan pEGFP-C2 dikenal pasti bersaiz 777 nukleotida dengan anggaran berat molekul 28.8 kDa. Manakala, gen VP6 RV yang diklonkan ke dalam vektor pengekspresan pcDNA4/HisMax©-TOPO® dikenal pasti bersaiz 1077 nukleotida dengan anggaran berat molekul 40 kDa. Proses ngoptimuman transfeksi dilakukan dengan menggunakan gen lacZ terhadap dua jenis lipid berkation melibatkan 10 kombinasi berbeza di antara nisbah lipid kepada DNA dan kepekatan DNA bagi setiap reagen. Hasil menunjukkan reagen TransFast (TF) mempunyai kecekapan transfeksi tertinggi berbanding Lipofectamine LTX dengan penghasilan 6 klon sel penghasil protein -galaktosidase yang stabil dan rintang terhadap zeosin. Klon-klon sel penghasil tersebut dikenali sebagai TF8(1), TF8(3), TF9(1), TF9(2), TF9(3) dan TF9(7). Kombinasi di antara nisbah cas TF 2:1 dan kepekatan DNA 1.5 µg menghasilkan gandingan terbaik bagi transfeksi sel CHO. Analisis RT-PCR terhadap klon-klon sel penghasil membuktikan bahawa gen lacZ telah berjaya diintegrasi sepenuhnya ke dalam genom sel CHO. Klon TF8(1) dan TF9(7) yang merupakan klon penghasil tertinggi dikulturkan pada dua keadaan berbeza dengan kehadiran dan tanpa kehadiran 300 µg/ml zeosin di dalam medium pertumbuhan selama 7 minggu. Produktiviti di dalam medium bukan pemilihan didapati lebih tinggi berbanding medium pemilihan pada isipadu kultur berbeza. Proses transfeksi bagi gen LipL32 dan gen VP6 telah dilakukan dengan menggunakan parameter pengoptimuman yang sama terhadap gen lacZ. Penyaringan secara pemedapan Western dan pemerhatian mikroskopik terhadap 18 klon rintang antibiotik G418 berjaya mengesan kesemua klon sebagai penghasil protein LipL32. Kajian ini mendapati sistem pengkspresan protein yang stabil bagi gen lacZ dan LipL32 di dalam sel CHO telah berjaya dihasilkan serta berpotensi untuk dibangunkan pada skala yang lebih besar dan seterusnya di peringkat industri. Sebaliknya pengekspresan gen VP6 di dalam sel CHO gagal dikesan apabila saringan dilakukan terhadap 56 klon sel yang rintang terhadap zeosin kemungkinan disebabkan oleh klon yang kurang produktif.,Master / Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Gene expression | - |
dc.title | Pembangunan sistem pengekspresan protein B-Galaktosidase, Lipl32 dan VP6 di dalam sel mamalia chinese hamsier ovary (CHO) | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 197 | - |
dc.identifier.callno | QH450.N647 2011 3 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84577+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 6 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.