Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457630
Title: Fitoremediasi hidrokarbon menggunakan tumbuhan paspalum scrobiculatum l. hack dan paspalum vaginatum sw.
Authors: Salmi Nur Ain Sanusi (P53351)
Supervisor: Mushrifah Idris, Prof Dato’ Dr
Keywords: Phytoremediation
Hydrocarbons
Issue Date: 15-Aug-2013
Description: Fitoremediasi adalah proses yang menggunakan tumbuh-tumbuhan untuk mengurangkan pencemaran dari persekitaran. Ia adalah salah satu alternatif terkini di dalam teknik pemulihan. Kegunaan proses fitoremediasi untuk meningkatkan proses penyingkiran bahan cemar hidrokarbon petroleum telah dikaji dengan mendalam sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Di Malaysia, fitoremediasi merupakan satu teknik pemulihan yang masih baru dan masih di dalam peringkat kajian. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti tumbuhan tempatan di Malaysia yang berpotensi di dalam proses fitoremediasi. Paspalum scrobiculatum L. Hack dan Paspalum vaginatum Sw telah digunakan dalam kajian ini untuk merawat tanah yang tercemar dengan hidrokarbon. Kedua-dua tumbuhan ini adalah tumbuh-tumbuhan tempatan dan berada di dalam keluarga rumput (Graminae). Di dalam kajian ini, diesel telah dipilih sebagai model bahan pencemar untuk mewakili hidrokarbon petroleum dan ia dianalisis sebagai jumlah hidrokarbon petroleum (TPH). Kajian awalan telah dilakukan selama 28 hari melalui cerapan fizikal pertumbuhan untuk menganggarkan kepekatan diesel yang mana tumbuh-tumbuhan tersebut boleh hidup. Daripada keputusan kajian awalan yang diperoleh, kajian fitotoksisiti pula seterusnya dilakukan dengan menganalisis TPH diesel. Bagi P. vaginatum, kajian fitotoksisiti menunjukkan selepas 72 hari pensampelan, peratus penyingkiran TPH diesel di dalam pasir yang dicampurkan dengan diesel pada 10, 20 dan 30 g diesel/kg pasir masingmasing adalah 93, 52 dan 8%. Bagi P. scrobiculatum pula, pada hari terakhir pensampelan, peratus penyingkiran TPH diesel yang dicatatkan adalah 78, 62 dan 47% bagi masing-masing 10, 20 dan 30 g diesel/kg pasir. Daripada keputusan yang diperoleh, P. scrobiculatum telah dipilih untuk dilaksanakan di dalam kajian fitoremediasi loji pandu. Dalam eksperimen ini, tiga kepekatan diesel (0.05, 1.50 dan 3.00 g diesel/kg pasir) dan tiga kadar alir udara (0, 1 dan 2 L/min) dibekalkan. Selepas 72 hari pensampelan, peratus penyingkiran TPH diesel yang direkodkan bagi kepekatan 3.00 g diesel/kg pasir adalah 50, 90 dan 59% bagi masing-masing pengudaraan 0, 1 dan 2 L/min. Pengoptimuman penyingkiran TPH diesel melalui Kaedah Sambutan Permukaan (RSM) telah meramalkan keadaan optimum 3.00 g/kg bagi kepekatan diesel, 0.27 L/min bagi kadar alir udara dan 70 hari bagi hari pensampelan dengan peratus penyingkiran TPH diesel maksimum sebanyak 75%. Satu larian uji kaji pengesahan telah dilakukan pada keadaan optimum tersebut dan hasilnya terdapat sebanyak 4% ralat berbanding dengan keputusan yang dianggarkan oleh RSM. Kesimpulannya, P. scrobiculatum merupakan satu tumbuhan tempatan yang berpotensi bagi proses fitoremediasi hidrokarbon.,Phytoremediation is a process which utilizes plants to remove contaminants from the environment. It is a current alternative to recovery technique. The advantage of phytoremediation to enhance the degradation of organic contaminants has been extensively researched in recent years. In Malaysia, phytoremediation is a new technique and still at research stage. The aim of this study is to identify native plants in Malaysia that can be potentially utilised in the phytoremediation process. Paspalum scrobiculatum and Paspalum vaginatum were used to remediate hydrocarbon in sand medium. These two plants are local plants from the grasses family (Graminae). In this study, diesel was chosen as a model to represent petroleum hydrocarbon contamination and analysed as the Total Petroleum Hydrocarbon (TPH). The preliminary test was conducted for 28 days based on physical observation to estimate the diesel concentration that these plants could survive. A preliminary test was carried out prior to the phytotoxicity test. The TPH of diesel was analyzed in relation to the growth of the plants. For Paspalum vaginatum, the phytotoxicity test showed that after 72 days, the percentage of TPH degradation in sand spiked with diesel at 10, 20 and 30 g diesel/kg sand were 93, 52 and 8%, respectively. Meanwhile for Paspalum scrobiculatum, the TPH degradation recorded was 78, 62 and 47% for respective 10, 20 and 30 g diesel/kg sand. Based on these phytotoxicity test results, P. scrobiculatum was selected to be implemented in a pilot scale test. In this pilot run, the diesel concentrations used were 0.05, 1.50 and 3.00 g diesel/kg sand and aeration of 0, 1 and 2 L/min were also provided. After 72 days of sampling, the TPH degradation recorded for the highest diesel concentration, which is 3.00 g diesel/kg sand, was 50, 90 and 59% for respective 0, 1 and 2 L/min aeration. The optimization of TPH degradation through response surface methodology (RSM) predicted that the optimum conditions at 3.00 g/kg for diesel load, 0.27 L/min for aeration and 70 days for sampling day with maximum TPH degradation of 75%. A validation experiment at this optimum condition was performed and the result obtained for the maximum TPH degradation was 78%. The difference in the results for the maximum TPH degradation from RSM and validation experiment showed a 4% error. In conclusion, P. scrobiculatum can be a potential native plant in phytoremediation of hydrocarbons.,Master/Sarjana
Pages: 238
Call Number: TD878.48.S239 2013 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84200+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.07 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.