Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457627
Title: | Faktor persekitaran optimum ke arah peningkatan prestasi pekerja dengan menggunakan kaedah taguchi |
Authors: | Mohd Hanifiah Mohd Haniff (P46135) |
Supervisor: | Haji Baba Md. Deros, Prof Dr. |
Keywords: | Taguchi methods (Quality control) Prestasi dan Produktiviti Kerja Kaedah Taguchi |
Issue Date: | 22-Aug-2013 |
Description: | Industri automotif merupakan salah satu industri dominan yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Pada hari ini, kebanyakan talian pengeluaran di dalam industri automotif beroperasi secara manual atau separa automatik. Oleh itu, keselesaan persekitaran tempat kerja diperlukan untuk meningkatkan prestasi dan produktiviti pekerja. Banyak kajian terdahulu telah menerangkan tentang kesan faktor persekitaran seperti kelembapan relatif, suhu bebuli basah sejagat (WBGT) dan pencahayaan terhadap prestasi pekerja manusia. Walaubagaimanapun, kajian-kajian itu hanya dilakukan ke atas satu faktor persekitaran dan bukan kesan beberapa faktor persekitaran secara gabungan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan beberapa faktor persekitaran yang dominan seperti pencahayaan, kelembapan relatif dan WBGT ke atas prestasi pekerja dan mengoptimumkan parameter-parameter tersebut dengan menggunakan kaedah Taguchi. Kajian ini direkabentuk dengan menggunakan eksperimen L9. Keputusan kajian dianalisis berdasarkan purata nisbah isyarat hingar (S/N) dan analisis varian (ANOVA). Seramai enam orang subjek terlibat dalam kajian ini. Sebuah ruangan bersepadu telah digunakan bagi menjalankan ujikaji. Ujikaji ini telah dijalankan pada tiga keadaan persekitaran yang berbeza bagi setiap faktor seperti: WBGT pada 19°C, 24°C dan 32°C ; kelembapan relatif pada 40%, 55% dan 70% ; pencahayaan pada 200 lux, 500 lux dan 1000 lux. Ketiga-tiga faktor telah diperiksa sebagai sebuah kelompok. Semasa ujikaji dijalankan, setiap subjek dikehendaki memasang satu komponen automotif, yang dikenali sebagai suis badan. Subjek didedahkan kepada 9 set ujikaji selama empat jam ketika melakukan tugasan ringan pemasangan komponen. Kadar produktiviti telah dicerap dan direkodkan untuk setiap 10 minit. Ujikaji yang sama telah diulangi oleh 5 orang subjek yang lain. Daripada kajian yang dilakukan, didapati bahawa persekitaran kerja optimum untuk operasi pemasangan komponen secara manual bagi industri automotif ialah pada 24°C WBGT, kelembapan pada 55% dan kecerahan pada 500 lux. Dalam kajian ini, tahap pengeluaran maksimum didapati melebihi dari nilai 1.0. Keputusan dari analisis Taguchi menunjukkan bahawa faktor dominan yang menyumbang kepada kadar pengeluaran pekerja mengikut susunan kepentingannya ialah WBGT, diikuti oleh pencahayaan dan kelembapan relatif. Keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapat kesan positif terhadap prestasi pekerja pada suhu 24°C WBGT, kelembapan relatif pada 55% dan kecerahan 500 lux. Keputusan kajian empirik ini selari dengan yang diperolehi melalui kajian persepsi mengenai peranan faktor persekitaran terhadap prestasi manusia.,Sarjana |
Pages: | 145 |
Call Number: | TS156 .M846 2013 3 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81909+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.37 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.