Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457624
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Zaidi Omar, P.M. Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohd Anif Mohd Arif. (P43832) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-12T09:11:33Z | - |
dc.date.available | 2023-09-12T09:11:33Z | - |
dc.date.issued | 2011-05-25 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:81862 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457624 | - |
dc.description | Teknologi pemprosesan logam separa pepejal merupakan satu proses pembentukan komponen logam dalam keadaan separa pepejal. Kaedah pemprosesan ini kian diterima pakai secara meluas dalam industri pemprosesan logam kerana teknologi ini menggabungkan kedua-dua proses tuangan dan tempaan di samping mempunyai beberapa kelebihan seperti dapat mengurangkan keporosan dan pengasingan-makro serta hanya memerlukan daya pembentukan yang rendah. Keperluan utama dalam teknologi ini ialah bahan suapan yang memiliki mikrostruktur berbentuk sfera yang halus. Terdapat pelbagai kaedah untuk menghasilkan struktur tersebut antaranya ialah melalui kaedah Magnetohydrodynamic (MHD), Stress Induced Melt Activated (SIMA) dan Recrystallisation and Partial Remelting (RAP). Dalam tahun 2006, terdapat satu kaedah lain iaitu melalui proses rawatan haba. Kaedah ini bukan sahaja dapat mengelakkan pencemaran dan pengoksidaan semasa peleburan malahan tidak memerlukan peralatan khas yang mahal. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti kesan rawatan haba ke atas mikrostruktur aloi ZA3 dan Zn-22Al yang berbentuk dendrit dalam keadaan separa pepejal. Aloi tersebut dihasilkan melalui proses tuangan secara tradisional dengan kandungan aluminium yang berbeza iaitu 4% untuk ZA3 dan 22% untuk Zn-22Al. Analisis haba dan mikrostruktur masing-masing dilakukan dengan menggunakan mesin kalorimeter imbasan kerbedaan, DSC dan mikroskop optik atau mikroskop elektron. Daripada ujian DSC, suhu sempadan pepejal dan cecair serta pecahan cecair aloi dapat ditentukan. Analisis mikrostruktur dilakukan untuk melihat setiap perubahan yang terjadi kesan daripada proses pemanasan yang dikenakan. Bagi aloi ZA3, dua proses rawatan haba sesuhu yang berbeza dilakukan. Pertama melibatkan pemanasan sampel bahan awal ZA3 pada suhu 100°C dalam zon α+η, di antara julat masa penahanan 3 hingga 6 jam. Kedua ialah rawatan haba pada suhu 280°C dalam zon β+η untuk masa penahanan daripada 0.5 hingga 5 jam. Kesemua sampel dilindapkejut dalam air dan dipanaskan semula pada suhu separa pepejalnya iaitu 383°C selama 1 jam. Bagi aloi Zn-22Al pula, sampel bahan awal aloi tersebut dikenakan rawatan haba larutan pada suhu 315°C (dalam zon fasa tunggal β) dengan masa penahanan 0.5 hingga 5 jam dan dilindapkejut dalam air sebelum dipanaskan semula pada suhu separa pepejalnya pada 438°C. Keputusan ujikaji menunjukkan bahawa struktur fasa pepejal berbentuk sfera dalam matriks cecair tidak boleh dihasilkan sekiranya aloi ZA3 yang telah dirawat haba dipanaskan semula hingga ke suhu separa pepejalnya. Dapat diperhatikan bahawa struktur eutektik masih kekal dalam bentuk lamelar walaupun dikenakan peleburan separa. Walaubagaimanapun, apabila aloi Zn-22Al dirawat haba larutan pada suhu 315°C, unsur-unsur Al dan Zn terlarut ke kawasan yang mempunyai kepekatan yang rendah sehingga tiada lagi struktur eutektik antara dendrit yang jelas kelihatan. Di samping itu, berlaku pengembangan dan percantuman struktur dendrit sehingga membentuk fasa β yang seragam apabila masa rawatan mencukupi. Aloi Zn-22Al dalam keadaan separa pepejal yang memiliki struktur fasa pepejal dengan faktor bentuk terbaik iaitu 0.9 dan saiz minimum 40±16 µm dapat dihasilkan apabila aloi tersebut dikenakan rawatan haba larutan pada 315°C selama 3 jam dan diikuti dengan pemanasan semula hingga ke suhu separa pepejalnya pada suhu 438°C selama 1 jam.,Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Aloi zink aluminium | - |
dc.title | Penghasilan mikrostruktur bukan dendrit aloi zink-aluminium dalam keadaan separa pepejal | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 88 | - |
dc.identifier.callno | TN693.5.A5 M538 2011 3 | - |
dc.identifier.barcode | 001513 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81862+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 6.43 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.