Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457617
Title: Pengoptimuman penghasilan kuasa elektrik sel fuel mikrob (SFM) berasaskan kultur campuran dan kultur tunggal
Authors: Lim Swee Su. (P44334)
Supervisor: Wan Ramli Wan Daud, Prof. Ir. Dr.
Keywords: Biomass energy.
Sel fuel mikrob (SFM)
kuasa elektrik
Issue Date: 18-May-2011
Description: Sel fuel mikrob (SFM) merupakan peranti yang menggunakan bakteria sebagai mangkin untuk mengoksidakan bahan organik dan bukan organik untuk menjana arus elektrik. Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji penghasilan kuasa elektrik optimum daripada SFM dengan menggunakan kultur tunggal dan kultur campuran daripada enapcemar air sisa kilang sawit (POME). Objektif kajian ini ialah merekabentuk dan membina SFM, mengkaji keaktifan penghasilan kuasa elektrik oleh komuniti bakteria campuran dan bakteria tunggal penghasil hidrogen, Clostridium butyricum KBH1 dan mengoptimumkan penghasilan kuasa elektrik dengan bantuan model-model matematik dan kinetik. Keaktifan enapcemar dari kilang sawit dikaji dengan menggunakan medium terbitan Wolfe terubahsuai dengan kandungan glukosa 1 000 - 10 000 mg L -1 yang bersamaan dengan 1 000 - 10 000 mg-COD L -1 . Kecekapan rawatan air sisa didapati meningkat pada kepekatan substrat rendah. Nilai penyingkiran COD dan karbohidrat didapati berkadar songsang dengan kepekatan glukosa kecuali bagi parameter nitrogen. Ketumpatan kuasa maksimum tertinggi dengan nilai 18.9 mW m -2 diperolehi pada kepekatan glukosa 5 000 mg L -1 dengan ketumpatan arus sekitar 40.9 mA m -2 . Prestasi kuasa didapati berkadar langsung dengan kandungan glukosa pada kepekatan rendah dan sebaliknya selepas kepekatan glukosa optimum tercapai. Dalam kajian kultur tunggal yang menggunakan bakteria jenis Clostridium butyricum KBH1 pencilan tempatan didapati penghasilan voltan sel dan biogas dalam medium TYG (tripton-yis-glukosa) (5 000 - 50 000 mg-glukosa L -1 ) optimum berlaku pada kepekatan awal glukosa 10 000 mg L -1 dan pH awal 7.0. Nilai tertinggi penghasilan biogas dan perubahan voltan ialah 1532.0 mL L-medium -1 dan 0.1558 V dengan kadar 439.3 mL L -1 j -1 dan 5.0 V j -1 . Hasil perbandingan menunjukkan kultur campuran menghasilkan keupayaan elektrik yang lebih tinggi sedikit (± 0.1 V) dan masa untuk mencapai voltan mantap (PM) adalah lebih singkat (± 1.0 jam) daripada kultur tunggal. Kultur campuran dapat menjanakan kuasa elektrik pada kepekatan glukosa/COD yang lebih rendah (< 5 000 mg L -1 ) berbanding kultur tunggal (10 000 - 20 000 mg L -1 ) dan kecekapan rawatannya lebih tinggi (10 - 99%) berbanding kultur tunggal (10 - 60 %). Kultur tunggal hanya memerlukan masa kirakira 15 jam manakala kultur campuran mengambil masa kira-kira 3 hari untuk mencapaikan penjanaan keupayaan dan penyingkiran optimum. Hasil daripada padanan lengkung dan model juga mencadangkan bahawa model Gompertz lebih sesuai digunakan dalam padanan berbanding dengan model VLB dinamik kerana model ini dapat menerangkan sifat-sifat penjanaan elektrik oleh SFM melalui pertumbuhan mikrob dengan baik,Sarjana
Pages: 160
Call Number: TP339 .L535 2011 3
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81853+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.21 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.