Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457613
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Mohd Faizal Wan Mahmood, Dr.
dc.contributor.authorMuhammad Afif Che Md Jusoh @ Ariffin (P68224)
dc.date.accessioned2023-09-12T09:11:27Z-
dc.date.available2023-09-12T09:11:27Z-
dc.date.issued2015-03-20
dc.identifier.otherukmvital:81380
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457613-
dc.descriptionKajian ini meliputi aspek-aspek penting penggunaan semula sisa biojisim berasaskan kelapa sawit dalam proses penggasan udara aliran turun berskala sederhana (SS) bagi menghasilkan bahan api gas sintesis. Aspek pertama kajian adalah mengenai pencirian sisa-sisa kelapa sawit yang terdiri daripada tempurung, pelepah dan tandan kelapa sawit bagi menilai potensinya sebagai bahan suapan dalam proses penggasan. Aspek kedua yang merupakan tonggak utama tesis ini adalah kajian mengenai pengaruh suhu dan jenis bahan suapan terhadap hasil gas sintesis dan kecekapan gas sejuk (CGE). Seterusnya adalah kajian pencirian bio-arang yang terhasil daripada proses penggasan bagi menilai potensi kegunaan bio-arang dalam aplikasi yang bersesuaian. Kesesuaian sisa-sisa kelapa sawit sebagai bahan suapan penggasan dan potensi penggunaan bio-arang dikenal pasti melalui beberapa analisis makmal seperti analisis hampiran dan muktamad, analisis nilai pemanasan rendah (LHV) dan analisis luas permukaan. Bagi kajian prestasi proses penggasan, penggas skala sederhana (SS) telah digunakan dengan kapasiti bahan suapan maksimum masing-masing 500 kg/h. Prestasi penggasan dinilai berdasarkan komposisi, nilai LHV gas sintetik yang terhasil dan KGS proses penggasan. Suhu operasi yang ditetapkan bagi penggasan SS dengan bahan suapan tempurung, pelepah dan tandan kelapa sawit adalah di dalam julat 720-802 ℃, 399-680 ℃ dan 878-946 ℃. Berdasarkan kajian pencirian yang dijalankan, sisa-sisa kelapa sawit mempunyai kandungan karbon dan nilai kalori tenaga yang setara dengan biojisim lain seperti kayu, sekam padi dan hampas tebu yang sudah terbukti sesuai digunakan dalam proses penggasan. Melalui eksperimen penggasan yang dijalankan pula, penggasan SS bagi tempurung, pelepah dan tandan kelapa sawit dapat menghasilkan campuran gas boleh terbakar (H2, CO dan CH4) di antara julat 26.43-32.08 %, 32.81-35.85 % dan 20.78-25.69 % manakala nilai LHV gas sintetik yang terhasil adalah di antara julat 4.52-4.89 MJ/nm3, 4.49-5.15 MJ/nm3 dan 4.02-4.65 MJ/nm3. Sementara itu, nilai KGS (%) yang terhasil pula adalah di antara julat 44-49 %, 36-65 % dan 57-63 %. Ia telah menunjukkan bahawa komposisi gas boleh terbakar, nilai LHV gas sintesis dan KGS meningkat mengikut peningkatan suhu operasi bagi ketiga-tiga proses penggasan sisa kelapa sawit tersebut. Suhu operasi sekitar 800 ℃ didapati merupakan suhu optimum bagi proses penggasan sisa kelapa sawit bagi mendapatkan hasil akhir yang paling baik. Keputusan juga menunjukkan bahawa pelepah merupakan bahan suapan sisa kelapa sawit yang paling baik berbanding yang lain. Selain itu, bio-arang yang terhasil daripada proses penggasan sisa kelapa sawit ini juga didapati sesuai digunakan sebagai bahan penambahbaikan tanah, bahan api dan juga karbon teraktif. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa penggasan SS sisa-sisa kelapa sawit ini terutamanya pelepah mempunyai prestasi yang baik di samping penghasilan bio-arang yang bernilai untuk digunakan dalam aplikasi yang berlainan.,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectPenggasan udara
dc.subjectSisa kelapa sawit
dc.subjectBio-arang
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePrestasi penggasan udara aliran turun sisa kelapa sawit menggunakan penggas berskala sederhana
dc.typetheses
dc.format.pages98
dc.identifier.barcode002175(2016)
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81380+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
278 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.