Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457612
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorhana Arsad, Dr.
dc.contributor.authorSabiran Abubakar (P63097)
dc.date.accessioned2023-09-12T09:11:26Z-
dc.date.available2023-09-12T09:11:26Z-
dc.date.issued2015-08-17
dc.identifier.otherukmvital:81379
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457612-
dc.descriptionSpektrometer gentian optik digunakan secara meluas dalam pengesanan dan kuantifikasi bahan kimia atau biokimia dalam aplikasi sains hayat, alam sekitar, dan klinikal. Bekas sampel yang merupakan sebahagian daripada spektrometer memainkan peranan yang penting kerana ianya merupakan tempat di mana interaksi antara cahaya dan sampel berlaku. Terdapat dua jenis bekas sampel iaitu kuvet dan sel aliran. Kelebihan sel aliran adalah dapat digunakan untuk sampel yang berterusan sehingga memperolehi suatu data yang lengkap dari keseluruhan sampel. Terdapat dua kaedah pemasangan sel aliran iaitu secara tetap dan pakai buang. Kelebihan kaedah pakai buang adalah penting bagi menjamin kebersihan bekas sampel dan menghindari kontaminasi sampel antara sampel serta saki-baki pembersih detergen yang biasanya digunakan pada sel aliran tetap kerana ia dipakai secara berulang. Sel aliran pakai buang yang ada dipasaran menggunakan kaedah pemasangan yang rumit. Tujuan utama tesis ini adalah bagi membangunkan sebuah sel aliran pakai buang yang diperbuat daripada PMMA dengan sambungan gentian polimer optikal fiber yang mudah dalam pemasangan dan mempunyai prestasi pengukuran yang memenuhi piawaian ISO. Untuk mencapai matlamat ini, kajian dibuat dalam tiga tahap iaitu perbandingan bekas sampel, pengujian pengesanan ektrinsik gentian POF dan reka bentuk sel aliran. Kajian ini menggunakan sampel sodium nitrit dan reagen greiss di dalam air ternyahion. Analisis kajian ini menggunakan kaedah kemometrik (chemometrics), penentukuran, piawaian kawalan data internal dan pencirian prestasi instrumen. Perbandingan bekas sampel enunjukkan prestasi penyerapan sel aliran adalah lebih baik berbanding kuvet dengan nilai penentukuran 0.1 dan nilai cerun 0.049 nilai sekaitan 0.021 lebih tinggi dari sel aliran berbanding kuvet. Prestasi gentian POF menunjukkan puncak penyerapan cahaya pada panjang gelombang yang sesuai dengan rujukan dan ketidakpastian data pengukuran dalam julat had keyakinan 95%. Analisis reka bentuk sel aliran memenuhi piawaian kawalan carta shewhart yang merujuk kepada ISO 8258. Analisis penentukuran, pengesahan model matematik dan taburan normal dari data yang diperolehi memenuhi kaedah analisis kemometrik dengan rujukan Jadual statistik. Pencirian prestasi instrumen iaitu kajian kepersisan, kejituan, kepekaan had pengesanan, had kuantisasi dan julat dinamik menunjukkan nilai dalam suatu piawaian angka merit (figure of merit). Sel aliran hasil reka bentuk dapat memenuhi ujian signifikansi yang merupakan piawaian untuk suatu kaedah atau sistem baharu dalam pengukuran kimia analisis. Berdasarkan hasil analisis yang telah dipaparkan, reka bentuk sel aliran pakai buang dengan sambungan gentian POF memenuhi piawaian analisis sebagai bekas sampel untuk kegunaan dalam spektrometer.,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectSpektrometer
dc.subjectGentian optik
dc.subjectBiokimia
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleRekabentuk dan pembangunan sel aliran polimer gentian optik pakai buang untuk aplikasi spektrometer
dc.typetheses
dc.format.pages134
dc.identifier.barcode002174(2016)
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81379+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.73 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.