Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457603
Title: | Angkatan dan pemasaan injap adaptif berpandukan tekanan untuk peningkatan prestasi enjin |
Authors: | Ahmad Fuad bin Abdul Rasid (P52207) |
Supervisor: | Taib Iskandar Mohamad, Dr. |
Keywords: | Peningkatan prestasi enjin Internal combustion engines |
Issue Date: | 17-Apr-2013 |
Description: | Injap pemasaan boleh ubah (VVT) digunakan di dalam enjin pembakaran dalam bertujuan untuk menyesuaikan pernafasan enjin dengan kadar keperluan enjin pada setiap julat operasi dengan cara mengubah magnitud, pemasaan dan tempoh pembukaan injap ambilan atau ekzos. Walau bagaimanapun, mekanisma yang terdapat di dalam sistem VVT adalah rumit dan melibatkan penambahan bilangan cuping sesondol untuk tiap-tiap injap. VVT hanya mempunyai dua konsep penggerak iaitu perubahan profil pemasaan atau angkatan yang masing-masing terdapat kekurangan dan penggabungan kedua-dua penggerak ini mampu mengoptimumkan prestasi enjin. Penukaran profil yang berlaku apabila VVT diaktifkan adalah secara melonjak dan terdapat kehilangan prestasi pada fasa perubahan profil rendah ke tinggi. Di dalam kajian ini, mekanisma VVT yang baru dan dinamakan angkatan dan pemasaan injap adaptif (AVLT) telah dibangunkan di mana pergerakan VVT pada sistem ini dipandu oleh tekanan bendalir enjin. Pernafasan enjin pada susuk sesondol, angkatan dan pemasaan injap telah diteliti dan digunakan untuk menetapkan rekabentuk sistem AVLT menggunakan perisian Catia V5. Ujian kinematik dijalankan secara simulasi menggunakan perisian Msc. Adams untuk menentukan kadar angkatan injap bagi setiap kedudukan penggerak AVLT. Keputusan yang diperolehi daripada ujian kinematik tersebut seterusnya dijadikan parameter kepada ujian simulasi enjin dengan menggunakan perisian Lotus Engine Simulation. Dengan pengesahan peningkatan prestasi melalui ujian simulasi enjin, AVLT telah difabrikasi dan dipasang di atas kepala silinder enjin Campro 1.6L untuk menguji perubahan jisim udara ambilan dan kebisingan. AVLT telah meningkatkan angkatan injap ambilan maksimum piawai enjin sebanyak 36.0% (daripada 8.9 mm kepada 12.1 mm). Pada kelajuan tinggi enjin (7000 rpm), kuasa dan daya kilas enjin masing-masing telah meningkat sebanyak 17.4% (daripada 74.8 kW kepada 87.8 kW) dan 17.4% (daripada 102.0 Nm kepada 119.78 Nm). Penggunaan bahan api tentu pula telah berkurang sebanyak 4% (daripada 315.8 g/kWj kepada 303.27 g/kWj) pada keadaan pemasaan dan angkatan injap optimum. Kuasa puncak enjin pada 6000 rpm pula telah meningkat sebanyak 7.6% (daripada 86.4 kW kepada 93.0 kW). Angkatan injap maksimum AVLT telah meningkatkan aliran udara ambilan angkatan piawai sehingga 44.07% (daripada 12.46 kg/j kepada 17.95 kg/j) pada kelajuan 1750 rpm. Kebisingan maksimum enjin (di luar ruang enjin) dan keluaran (tanpa penyaring) pada 1500 rpm dan 2000 rpm juga masing-masing telah meningkat sebanyak 5.51% (daripada 101.6dB kepada 107.2 dB) dan sebanyak 2.47% (daripada 111.3 dB kepada 112 dB) pada angkatan maksimum AVLT. AVLT mula meningkatkan prestasi enjin apabila kelajuan mencapai 3000 rpm dan peningkatan yang ketara tertumpu pada kelajuan melebihi 4000 rpm. Manakala kenaikan kebisingan maksimum enjin dan keluaran enjin AVLT adalah rendah dan diramalkan tidak mempengaruhi keselesaan pengguna dan persekitaran.,Master/Sarjana |
Pages: | 111 |
Call Number: | TL214.V3A375 2013 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76855+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 7.4 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.