Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457601
Title: | Potensi bioproduk nilai tinggi daripada serat mesokarpa kelapa sawit terawat beralkali |
Authors: | Nur Izzati bte Iberahim (P62863) |
Supervisor: | Jamaliah Md. Jahim, Prof. |
Issue Date: | 13-Jun-2014 |
Description: | Industri pemprosesan minyak kelapa sawit menghasilkan jumlah biojisim yang mengandungi lignoselulosa yang banyak hasil daripada proses pengekstrakkan minyak dengan kira-kira 10.9 juta tan serat mesokarpa kelapa sawit (OPMF) dihasilkan. Pepejal OPMF merupakan suatu sumber yang bernilai kerana kuantitinya yang banyak, boleh diperbaharui, kaya dengan pelbagai gula karbohidrat dan lain-lain bahan kimia yang berguna. Walaubagaimanapun, struktur bahan yang mengandungi lignoselulosa yang utuh memerlukan satu kaedah prarawatan yang sesuai untuk memecahkan matrik lignoselulosa, sekali gus meningkatkan penghasilan produk tambah nilai serta aksesibiliti hidrolisis berenzim kepada struktur karbohidrat bagi pengeluaran gula fermentasi. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti komposisi kimia yang terdapat pada OPMF serta mengkaji keberkesanan prarawatan beralkali terhadap OPMF sebagai sumber karbon bagi penghasilan biohidrogen, xilooligosakarida (XOs) serta jumlah kandungan bahan fenolik (TPC). Analisis komposisi kimia yang terdapat dalam OPMF ditentukan dengan menggunakan kaedah yang dibangunkan oleh National Renewable Energy Laboratory, (NREL). Komposisi kimia OPMF yang diperolehi daripada ujikaji ini adalah seperti berikut (% g/g biojisim kering): glukan, 28.8, xilan, 25.3, arabinan, 1.91, hasil ekstrak etanol, 6.32 dan abu, 2.60. Prarawatan terhadap OPMF menggunakan natrium hidroksida (NaOH) dilakukan dengan menggunakan kepekatan NaOH dari 2% hingga 10% (w/v) pada julat suhu 50°C dan 70°C. Dua jenis enzim yang berbeza iaitu Celluclast 1.5L dan Novozym 188 telah digunakan dalam proses hidrolisis. Didapati bahawa proses ini telah meningkat dengan ketara apabila menggunakan serat yang dirawat pada kepekatan 6% NaOH bersuhu 70°C. Jumlah kandungan gula penurun tertinggi yang dihasilkan oleh enzim komersil ini terhasil dengan penukaran 67% (w/w) (g gula penurun/ g OPMF) mentah bagi keseluruhan proses serta penukaran keseluruhan glukan dan xilan masing-masing adalah sebanyak 87% dan 60.73%. Selain itu, kira-kira 1.32 g XOs/100g biojisim kering and 15.04 mg Gallic acid equivalent (GAE)/ g biojisim kering ditemui dalam cecair legam selepas proses prarawatan dilakukan. Dalam kajian ini, medium hidrolisat OPMF terawat disediakan untuk menjadi medium dalam penghasilan biohidrogen. Fermentasi sesekumpul oleh Clostridium butyricum menggunakan fermentasi gelap dijalankan dalam botol serum 30 mL pada keadaan mesofilik dan telah dilakukan pada pH awal medium yang berbeza iaitu 5, 6, 7, 8 dan 9. Kepekatan awal gula penurun telah diubah kepada 5, 10, 15 dan 20 g/L. Hasil biohidrogen tertinggi masing-masing telah diperoleh pada pH awal 7 dan kepekatan gula penurun 5 g/L. Seterusnya, penghasilan biohidrogen dihasilkan menggunakan SCHOTT Duran® berisipadu 500 mL dengan menggunakan keadaan optimum botol serum dimana menghasilkan 1204.6 mL H2.L-1 dan hasil hydrogen sebanyak 2.48 mol H2/mol glukosa. Asid asetik merupakan produk sampingan utama dalam fermentasi ini. Penemuan ini telah membuktikan bahawa prarawatan alkali cair, khususnya menggunakan NaOH dapat menghasilkan gula karbohidrat yang berkepekatan tinggi melalui proses hidrolisis enzim selain menghasilkan bioproduk tambah nilai yang tinggi seperti XOs dan TPC.,Master/Sarjana |
Pages: | 165 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76416+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.04 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.