Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457598
Title: Penentuan nilai pembetulan medan bebas mikrofon meter aras bunyi dengan kaedah relatif
Authors: Wan Aziz Wan Salleh (P38380 )
Supervisor: Nordin Jamaluddin, Prof Madya Dr.
Keywords: Medan bebas mikrofon
Issue Date: 25-Apr-2014
Description: Nilai pembetulan medan bebas adalah nilai yang digunakan untuk menukarkan sambutan tekanan mikrofon pengukuran bunyi semasa tentu ukuran kepada sambutan medan bebas. Kajian ini melibatkan pembangunan kaedah baru yang dikenali sebagai kaedah perbandingan relatif untuk menentukan nilai pembetulan medan bebas sebagai pilihan kepada kaedah mutlak yang sediada. Perbandingan relatif dibuat di antara sambutan mikrofon di dalam medan bebas dan medan tekanan. Medan bebas dihasilkan di dalam kebuk nirgema dan medan tekanan di dalam pengganding penentu ukur bunyi. Penentuan sambutan mikrofon dalam kedua-dua medan dibuat secara perbandingan dengan mikrofon piawai makmal. Nilai pembetulan medan bebas untuk dua model mikrofon yang telah diketahui nilainya daripada pembuat telah ditentukan dan dibandingkan untuk tujuan pengesahan kaedah. Seterusnya nilai pembetulan medan bebas untuk lima mikrofon telah ditentukan. Keputusan untuk dua model mikrofon bagi tujuan pengesahan kaedah menunjukkan nilai pembetulan medan bebas adalah bertambah dengan pertambahan frekuensi dari 0.02 dB pada frekuensi 500 Hz sehingga 7.19 dB pada frekuensi 12.5 kHz. Keputusan perbandingan nilai pembetulan medan bebas yang diperolehi daripada kajian ini dengan nilai yang diberikan oleh pembuat untuk kedua-dua mikrofon telah dibuat berdasarkan nilai En, ISO/EC 17043, 2010. Keputusan perbandingan kedua-dua mikrofon saling menepati dengan nilai -1<En<1. Nilai-nilai pembetulan medan bebas untuk lima model mikrofon telah berjaya ditentukan. Nilai-nilai yang diperolehi adalah 0.02 dB hingga 7.27 dB bergantung kepada frekuensi. Kaedah relatif yang dikemukakan untuk menentukan nilai pembetulan medan bebas adalah lebih mudah dan cepat berbanding kaedah mutlak. Nilai pembetulan daripada kaedah relatif boleh digunakan di dalam tentu ukuran meter aras bunyi bersama mikrofon menggunakan kaedah tentu ukuran tekanan yang mudah dan pantas untuk mendapatkan keputusan tentu ukuran medan bebas yang diperlukan bagi menjimatkan kos dan masa tentu ukuran.,Master/Sarjana
Pages: 144
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75558+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
7.19 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.