Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457597
Title: Prevalens dan faktor risiko sakit belakang bawah di kalangan pekerja pengendalian manual industri automotif di Selangor
Authors: Noor Sazarina Mad Isa @ Yahya (P49902)
Supervisor: Baba Md Deros, Prof. Dr.
Keywords: Risiko sakit belakang
Issue Date: 29-May-2014
Description: Banyak kajian telah melaporkan gangguan sakit belakang bawah di kalangan populasi bekerja di negara-negara maju. Di Malaysia, tidak banyak kajian gangguan sakit belakang bawah yang telah dilaporkan. Satu kajian keratan rentas telah dijalankan untuk mengkaji prevalens dan faktor risiko sakit belakang bawah di kalangan 202 orang pekerja pengendalian bahan secara manual (MMH) industri automotif di Selangor. Borang kaji selidik yang telah diubahsuai daripada Soal selidik Nordic Piawai dan Soal selidik Faktor Risiko (RFQ) digunakan. Faktor risiko dikategorikan kepada faktor individu, psikososial, postur, fizikal aktiviti, aktiviti mengangkat dan lain-lain. Penilaian tentang aktiviti MMH dilakukan melalui pemerhatian dan pengukuran langsung. Pemerhatian telah dirakam menggunakan kamera video dan gambar yang diambil dianalisis menggunakan kaedah RULA. Pengukuran langsung aktiviti mengangkat dinilai dengan menggunakan “Persamaan mengangkat NIOSH 1993 yang telah dikemaskini”. Keputusan kajian menunjukkan prevalens sakit belakang bawah adalah sebanyak 64.4% dengan peningkatan terhadap prevalens titik masing-masing sebanyak 53.5% bagi 12 bulan, 44.1% bagi 1 bulan dan 31.7% bagi 7 hari. Analisis multivariat regresi logistik menunjukkan faktor risiko individu tidak menyumbang secara signifikan terhadap sakit belakang bawah bagi prevalens 12 bulan. Faktor risiko postur dan aktiviti mengangkat yang signifikan bagi prevalens 12 bulan sakit belakang bawah adalah melutut (OR=6.161; 95%CI=1.336-28.41), terlalu membongkok (OR=5.207; 95%CI=2.226-12.18), menggunakan alatan berkuasa yang bergetar (OR=5.075; 95%CI=1.813-14.21), sedikit membongkok (OR=3.889; 95%CI=1.980-7.637), dan mengangkat beban 6 – 10 kg melebihi 10 kali sejam (OR=3.061; 95%CI=1.067-8.786). Faktor psikososial yang menyumbang kepada prevalens sakit belakang bawah 12 bulan adalah tekanan di tempat kerja (OR=3.514; 95%CI=1.835-6.730) dan kelajuan kerja yang cepat (OR=3.534; 95%CI=1.494-8.357). Tidak menghadiri kursus pengendalian manual (OR=2.606; 95%CI=1.364-4.978) dan tidak menggunakan alat bantuan mengangkat (OR=2.842; 95%CI=1.221-6.612) adalah antara faktor lain yang menyumbang kepada prevalens sakit belakang bawah 12 bulan. Daripada pemerhatian, didapati tugasan paling berat adalah menarik palet kosong yang berada pada skor 7 bagi RULA. Didapati nilai “Indeks Mengangkat” adalah lebih daripada satu yang menunjukkan terdapat peningkatan terhadap risiko sakit belakang bawah. Hasil kajian menunjukkan aktiviti mengangkat dan postur bekerja adalah faktor risiko sakit belakang bawah yang signifikan di kalangan pekerja pengendalian manual industri automotif di Selangor.,Sarjana Sains,Banyak kajian telah melaporkan gangguan sakit belakang bawah di kalangan populasi bekerja di negara-negara maju. Di Malaysia, tidak banyak kajian gangguan sakit belakang bawah yang telah dilaporkan. Satu kajian keratan rentas telah dijalankan untuk mengkaji prevalens dan faktor risiko sakit belakang bawah di kalangan 202 orang pekerja pengendalian bahan secara manual (MMH) industri automotif di Selangor. Borang kaji selidik yang telah diubahsuai daripada Soal selidik Nordic Piawai dan Soal selidik Faktor Risiko (RFQ) digunakan. Faktor risiko dikategorikan kepada faktor individu, psikososial, postur, fizikal aktiviti, aktiviti mengangkat dan lain-lain. Penilaian tentang aktiviti MMH dilakukan melalui pemerhatian dan pengukuran langsung. Pemerhatian telah dirakam menggunakan kamera video dan gambar yang diambil dianalisis menggunakan kaedah RULA. Pengukuran langsung aktiviti mengangkat dinilai dengan menggunakan “Persamaan mengangkat NIOSH 1993 yang telah dikemaskini”. Keputusan kajian menunjukkan prevalens sakit belakang bawah adalah sebanyak 64.4% dengan peningkatan terhadap prevalens titik masing-masing sebanyak 53.5% bagi 12 bulan, 44.1% bagi 1 bulan dan 31.7% bagi 7 hari. Analisis multivariat regresi logistik menunjukkan faktor risiko individu tidak menyumbang secara signifikan terhadap sakit belakang bawah bagi prevalens 12 bulan. Faktor risiko postur dan aktiviti mengangkat yang signifikan bagi prevalens 12 bulan sakit belakang bawah adalah melutut (OR=6.161; 95%CI=1.336-28.41), terlalu membongkok (OR=5.207; 95%CI=2.226-12.18), menggunakan alatan berkuasa yang bergetar (OR=5.075; 95%CI=1.813-14.21), sedikit membongkok (OR=3.889; 95%CI=1.980-7.637), dan mengangkat beban 6 – 10 kg melebihi 10 kali sejam (OR=3.061; 95%CI=1.067-8.786). Faktor psikososial yang menyumbang kepada prevalens sakit belakang bawah 12 bulan adalah tekanan di tempat kerja (OR=3.514; 95%CI=1.835-6.730) dan kelajuan kerja yang cepat (OR=3.534; 95%CI=1.494-8.357). Tidak menghadiri kursus pengendalian manual (OR=2.606; 95%CI=1.364-4.978) dan tidak menggunakan alat bantuan mengangkat (OR=2.842; 95%CI=1.221-6.612) adalah antara faktor lain yang menyumbang kepada prevalens sakit belakang bawah 12 bulan. Daripada pemerhatian, didapati tugasan paling berat adalah menarik palet kosong yang berada pada skor 7 bagi RULA. Didapati nilai “Indeks Mengangkat” adalah lebih daripada satu yang menunjukkan terdapat peningkatan terhadap risiko sakit belakang bawah. Hasil kajian menunjukkan aktiviti mengangkat dan postur bekerja adalah faktor risiko sakit belakang bawah yang signifikan di kalangan pekerja pengendalian manual industri automotif di Selangor
Pages: 203
Call Number: TA166.N645 2014 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75554+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.05 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.