Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457595
Title: | Analisa terhadap penggunaan motif ukiran pada rumah tiang dua belas di Kelantan dan Terengganu |
Authors: | Azreena binti Abu Bakar (P52907) |
Supervisor: | Mastor Surat, Dr. |
Keywords: | Motif ukiran Rumah tiang dua belas |
Issue Date: | 11-Jul-2014 |
Description: | Penulisan ini akan membentangkan kajian analisa terhadap rekabentuk motif yang digunakan pada Rumah Tiang Dua Belas di Kelantan dan Terengganu. Ini disebabkan Kelantan dan Terengganu sememangnya kaya dengan motif ukiran yang cantik dan tersendiri. Tambahan pula, tukang handalan juga berasal dari kedua-dua negeri ini secara tidak langsung negeri lain juga turut memanggil mereka untuk membuat kerja ukiran. Maka tidak hairanlah jika terlihat motif ukiran yang hampir sama pada kebanyakan rumah warisan di Malaysia kerana dipercayai berasal dari tukang yang sama. Objektif penyelidikan ini adalah untuk menggali dan mendokumentasikan motif-motif terawal dalam senibina Melayu terutamanya motif ukiran pada perumahan tradisional Rumah Tiang Dua Belas di Kelantan dan Terengganu dengan mengambil pemikiran dari Latif Long sebagai bahan rujukan utama. Hasil kajian ini juga serba sedikit dapat menyumbang kepada pencarian identiti dalam senibina kebangsaan sekaligus sekaligus menjadi rujukan kepada perancangan perumahan moden akan datang di Malaysia. Skop kajian ini pula adalah tertumpu kepada penggunaan motif-motif ukiran pada perumahan Rumah Tiang Dua Belas di Terengganu dan Kelantan. Rumah Tiang Dua Belas yang dipilih pula adalah dibina sekitar tahun 1800 hingga 1920-an bagi menjamin keaslian dan ketepatan data yang dicari kerana menurut Latif Long kebanyakan rumah tradisional telah runtuh dan dirombak pada tahun 1950-an. Kajian yang dilakukan adalah tertumpu kepada beberapa komponen bahagian rumah yang mempunyai banyak motif ukiran seperti pada daun pintu dan tingkap, susur tangan, dinding, lubang pengudaraan dan tangga. Metodologi kajian ini akan dibentangkan dalam tiga kaedah iaitu kajian kepustakaan, pemerhatian dan temuramah. Kajian kepustakaan dilakukan melalui sebuah kajian menyeluruh terhadap pelbagai penulisan dan perbincangan tentang ukiran baik yang berkembang di Malaysia mahupun di Barat terutama di Eropah. Manuskrip pula merujuk kepada Lukisan Terukur Rumah Tradisional Melayu yang terdapat di KALAM, UTM Skudai dan ARWARIS di KKTM Pasir Mas, Kelantan. Selain itu, dua orang pengukir telah ditemu bual sepanjang perlaksanaan kajian ini iaitu Latif Long dan Norhaiza Nordin untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang sejarah corak ukiran pada masa kini. Hasil penemuan utama dalam kajian ini yang diperolehi ialah semua negeri di Malaysia telahpun mempunyai nama motif yang melambangkan negeri mereka sendiri namun tidak diketahui oleh para penyelidik masa sekarang kerana tiada pengrekodan dan dokumentasi. Ini disebabkan pada zaman dahulu ianya tidak dicatat dan cuma diperturunkan secara lisan sahaja kerana badan pendidikan belum pun bermula dan orang Melayu pada masa itu tidak pandai membaca mahupun menulis.,Master/Sarjana |
Pages: | 203 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75488+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 5.72 MB | Adobe PDF | View/Open | |
ukmvital_75488+Source02+Source020.PDF Restricted Access | 5.31 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.