Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457593
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Adi Irfan Che Ani, Sr. Dr. | |
dc.contributor.author | Nurulhuda Shaari (P44325) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-12T09:11:16Z | - |
dc.date.available | 2023-09-12T09:11:16Z | - |
dc.date.issued | 2014-06-10 | |
dc.identifier.other | ukmvital:75470 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457593 | - |
dc.description | Pelaksanaan sistem penuaian air hujan (SPAH) secara rasminya di Malaysia telah diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun 1998 ekoran daripada berlakunya krisis bekalan air pada waktu tersebut. Sepanjang sepuluh tahun (1999–2010) pelaksanaan SPAH di Malaysia, terdapat pelbagai jenis projek yang telah mengaplikasikan sistem ini seperti projek perumahan, masjid, pusat membeli belah, pejabat kerajaan, kilang serta gudang dan pasar. Namun begitu, masih tiada penyelidikan khusus yang berkaitan dengan pelaksanaan SPAH bagi bangunan kediaman bertingkat (5 tingkat dan ke atas) dilakukan di Malaysia. Oleh yang demikian, penyelidikan ini dijalankan untuk mencapai tiga objektif utama iaitu i)mengenalpasti jenis, elemen dan proses SPAH yang telah diaplikasikan di seluruh dunia dan Malaysia secara umumnya, ii) mengenalpasti jenis, elemen dan proses SPAH yang sesuai digunakan pada bangunan kediaman bertingkat (5 tingkat dan ke atas) serta permasalahannya dan iii) mengenalpasti tahap kesediaan penghuni rumah dan golongan profesional (arkitek) di dalam mengaplikasikan SPAH pada bangunan kediaman bertingkat di Malaysia. Kaedah penyelidikan melibatkan kajian lapangan ke atas bangunan yang telah mengaplikasikan sistem ini dan soal selidik ke atas penghuni rumah serta golongan profesional (arkitek). Borang kaji selidik yang diedarkan terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu profail responden, pengaplikasian SPAH dan keberkesanan SPAH. Seramai 30 responden daripada kawasan kajian lapangan di Rumah Pangsa Kos Sederhana Seksyen 6 Kota Damansara telah dipilih untuk menjawab soal selidik bagi perspektif penghuni rumah. Manakala 50 responden dari kawasan di sekitar Selangor telah dipilih untuk menjawab soal selidik bagi perspektif profesional (arkitek). Data yang dikumpul hasil daripada soal selidik ini dianalisis menggunakan perisian Statistic Package for Science and Social (SPSS). Hasil soal selidik menunjukkan bahawa kedua-dua golongan penghuni rumah dan profesional menunjukkan minat yang tinggi terhadap kesediaan melaksanakan SPAH. Di samping itu, keputusan analisis SPSS juga menunjukkan terdapat perhubungan yang mengaitkan pengalaman SPAH dengan berminat SPAH di mana nilai p yang diperoleh adalah 0.026 (p<0.05). Permasalahan sebenar perlaksanaan SPAH bagi bangunan kediaman bertingkat (5 tingkat dan ke atas) juga turut diperolehi dan diketahui daripada kajian lapangan yang dijalankan. Kesimpulannya, SPAH merupakan salah satu kaedah yang boleh diterima secara meluas di Malaysia. Namun begitu, pendedahan awal hendaklah diterapkan kepada semua lapisan golongan masyarakat agar mereka lebih bersedia untuk mengaplikasikan SPAH di masa hadapan seterusnya menjayakan pembangunan seni bina lestari seperti yang diingini oleh pihak kerajaan.,Sarjana Sains | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Sistem penuaian air hujan | |
dc.subject | Water harvesting | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Kesediaan pengaplikasian sistem penuaian air hujan (SPAH) bagi kediaman jenis bertingkat di Malaysia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 212 | |
dc.identifier.callno | TD418.N846 2014 3 tesis | |
dc.identifier.barcode | 001243 | |
dc.identifier.barcode | 005652(2021)(PL2) | |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75470+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 6.96 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.