Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457591
Title: | Pembangunan rangkaian pemultipleks pembahagi panjang gelombang berasaskan gentian optik polimer di dalam kapal |
Authors: | Malik Sulaiman (P58210 ) |
Supervisor: | Mohammad Syuhaimi Ab Rahman, Prof. Dr. |
Issue Date: | 10-May-2014 |
Description: | Pembinaan kapal perang pada masa ini mementingkan reka bentuk yang padat dan kompleks bagi meningkatkan keupayaan tempur dan ketangkasan semasa berperang. Kapal tentera laut dilengkapi dengan peralatan dan sistem berautomasi canggih yang dikawal dan dipantau secara automatik. Penyambungan di antara peralatan dan sistem saling berhubung kait menyebabkan pendawain kabel data menjadi kompleks. Pada masa ini, kebanyakan komunikasi data di atas kapal-kapal menggunakan teknologi penyambungan titik-ke-titik beasaskan wayar tembaga. Kajian ini bertujuan menilai kesesuaian penggunaan gentian optik polimer (POF) sebagai medium penghantaran data komunikasi jarak dekat di dalam kapal. POF sebagai media penghantaran data jalur lebar berkos rendah, bebas daripada gangguan elektromagnet (EMI) dan mudah dikendalikan oleh pengguna kerana bersaiz besar berbanding dengan gentian optik kaca (GOF). POF juga berupaya membawa beberapa isyarat dalam satu kabel tunggal menggunakan teknologi multipleks pembahagi panjang gelombang (WDM). Walau bagaimanapun, teknologi WDM-POF mempunyai kekangan tertentu iaitu pelemahan kuasa yang tinggi dan kebanyakan komponen utama masih belum dibangunkan. Pelaksanaan kajian dibahagikan kepada tiga fasa, pertama untuk mengkaji komponen utama sistem WDM iaitu LED sebagai sumber cahaya pemancar, pelemahan kuasa optik POF dan kecekapan penerima. Dalam fasa kedua, penganding/pencerai POF dicirikan untuk digunakan sebagai pemultipleks dan penyahmultipleks WDM. Pada penerima, penuras nipis WDM digunakan untuk menapis isyarat optik yang tidak diingini bagi mengelakkan cakap silang. Satu Elektro-mekanikal POF (EMPOF) 3-hala direkabentuk dan dibangunkan untuk rangkaian WDM-POF yang selamat. Dalam fasa ketiga, rangkaian WDM-POF yang membawa isyarat CCTV, audio video DVD dan ethernet dibangunkan dengan menggunakan gabungan sumber cahaya nampak LED berwarna putih (480 nm-520 nm), biru (470 nm), hijau (520 nm), ambar (590 nm) dan merah (660 nm). Hasil kajian menunjukkan jarak maksimum untuk pautan POF titik-ke-titik menggunakan pemancar sumber cahaya putih adalah 170 m. Kajian juga berjaya membangunkan rangkaian WDM-POF dua saluran sejauh 100 m menggunakan cahaya biru, merah dan hijau. Pencapaian baharu kajian ini adalah keupayaan membangunkan rangkaian WDM-POF tiga saluran menggunakan pencerai 1x3 sejauh 50 meter dan rangkaian WDM-POF empat saluran menggunakan pencerai 1x2 disambungkan secara lata sejauh 12 m berdasarkan jidar keselamatan 3 dB dan kepekaan penerima disetkan pada -35 dBm. Rangkaian WDM-POF di dalam kapal telah berjaya dibangunkan dan diperincikan melalui kaedah ujian makmal. Kesimpulannya, rangkaian WDM-POF boleh digunakan di dalam kapal bagi menyambungkan sistem litar pengawasan CCTV, sistem video DVD, komunikasi suara dan sistem LAN ethernet dengan kos yang lebih murah, berat kabel dikurangkan dan penggunaan ruang kabel yang lebih kecil berbanding penggunaan kabel tembaga.,Master/Sarjana |
Pages: | 202 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75461+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.92 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.