Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457586
Title: | Kajian tipologi terhadap tata letak ornamentasi pada masjid-masjid tradisional di Malaysia |
Authors: | Siti Dalila Mohd Sojak (P62282 ) |
Supervisor: | Nik Lukman Nik Ibrahim, Dr. |
Issue Date: | 2014 |
Description: | Selepas kemasukan Islam ke Alam Melayu pada abad ke-16, budaya Melayu mula berkembang selaras dengan ajaran Islam yang menjadi panduan hidup utama masyarakat Melayu. Masjid menjadi simbol masyarakat Islam, malah nilai-nilai budayayang telah disesuaikan mewakili kematangan dan kesediaan masyarakat Melayu Islam dalam memanifestasikan tradisi gaya hidup ke dalam komuniti Melayu. Penghalusan ragam hias yang diambil daripada kepercayaan Hindu-Buddha sebelum ini telah diterima pakai dan diperhalusi kepada nilai-nilai Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan as-Sunnah bagi menyampaikan perutusan dan makna tertentu kepada pemerhati.Tujuan utama kajian ini adalah untuk mendokumentasi dan menganalisis tipologi ornamentasi yang terdapat pada masjid-masjid tradisional di Malaysia sebagai rujukan kepada masyarakat tentang identiti ornamentasi tradisional di Malaysia yang mempamerkan perkembangan kebudayaan Islam yang mempunyai nilai kesenian samada bentuk pendekatan tradisi serantau mahupun pengaruh lingkungan serantau. Kajian ini terdiri daripada analisis tipologi dan klasifikasi idea, teori dan falsafah ornamen tradisional Melayu dengan menumpukan kepada elemen seni bina masjid tradisional. Kajian ini turut membincangkan penggunaan ornamentasi masjid tradisional berbeza mengikut latar kedaerahan, latar masa dan patron bagi memulakan suatu kajian menyeluruh mengenai ornamentasi Islam seterusnya mengembalikan punca inspirasi penciptaan seni masyarakat Islam.,Master/Sarjana |
Pages: | 135 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75384+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 5.54 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.