Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457585
Title: Proses pematerian aliran semula dan pencirian bagi bebola pateri jenis Sn3.5g di atas pad berlogam jenis enig menggunakan sistem pemprosesan terma pantas (RTP)
Authors: Nor Adhila Muhammad (P40831)
Supervisor: Badariah Bais, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pemprosesan terma pantas (RTP)
Rapid thermal processing
Issue Date: 2014
Description: Proses pematerian aliran semula tidak hanya terhad kepada penggunaan oven aliran semula. Terdapat pelbagai teknik yang boleh diaplikasikan untuk proses pematerian aliran semula bagi mendapatkan hasil pematerian yang bagus, sempurna dan kukuh. Dalam kajian ini, sistem pemprosesan terma pantas (RTP) dipilih sebagai teknik proses pematerian aliran semula ke atas bebola pateri jenis Sn3.5Ag dan pad berlogam jenis Nikel tanpa elektrik dan rendaman emas (ENIG) untuk melihat evolusi mikrostruktur dan perubahan morfologi yang berlaku dalam pembentukan sebatian antara logam (IMCs). Di samping itu, pengujian kekuatan ricihan dan penuaan terma pada suhu tinggi turut dikaji bagi menyokong hasil yang diperolehi daripada proses pematerian aliran semula. Proses pematerian aliran semula diaplikasikan menggunakan sistem RTP didapati berjaya menghasilkan cantuman pematerian yang bagus dan sempurna pada suhu puncak 251°C dan masa di atas kecairan selama 70 s. Ini disokong dengan analisis morfologi keratan rentas pembentukan IMCs di antara muka yang dikenal pasti dalam keadaan selanjar disepanjang antara muka cantuman tersebut dengan ketebalan IMCs dalam lingkungan 3 hingga 4 µm. IMCs yang terbentuk selepas proses pematerian aliran semula dikenal pasti sebagai Ni3Sn4. Manakala, pertumbuhan IMCs didapati meningkat dengan tempoh penuaan terma yang panjang lalu menghasilkan jenis pertigaan IMCs. Namun begitu, morfologi keratan rentas pertumbuhanIMCs selepas pengujian ini diperhatikan lebih baik berbanding dengan morfologi pembentukan IMCs dari penyelidikan sebelumnya.Pengujian kekuatan ricihan bagi bebola pateri menghasilkan kekuatan ricihan dalam lingkungan 300 gF hingga 400 gF dan ini menunjukkan kesamaan dengan penyelidikan yang menggunakan saiz bebola pateri yang sama iaitu 300 µm. Selepas pengujian penuaan terma dilaksanakan, prestasi kekuatan ricihan dan ketebalan IMCs dapat dijangkakan dengan penurunan kekuatan ricihan dan peningkatan ketebalan IMCs disebabkan oleh evolusi mikrostruktur bahan pateri semasa pengujian penuaan terma. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa proses pematerian aliran semula dapat dilaksanakan dengan jayanya menggunakan sistem RTP apabila profil pematerian aliran semula yang digunakan bersesuaian dengan jenis bebola pateri dan pad berlogam serta keadaan di dalam sistem RTP.,Master/Sarjana
Pages: 98
Call Number: TS610.N647 2014 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75381+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.41 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.