Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457583
Title: Kaedah hibrid pengesanan kulit muka manusia bagi sistem pemantauan
Authors: Zulkifli Musa (P57642)
Supervisor: Nasharuddin Zainal, Ir. Dr.
Keywords: Kaedah hibrid
Pengesanan kulit muka
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 19-Jun-2014
Description: Sistem pemantauan di kebanyakan premis di Malaysia hanya mampu merakam aktiviti persekitaran manakala keselamatan premis berkenaan pula diserahkan kepada pengawal keselamatan yang mempunyai keupayaan yang terhad. Keadaan ini menjadi faktor kehadiran penjenayah bertopeng yang sering kali berjaya dalam misi rompakan mereka. Oleh yang demikian, satu sistem pengesanan kulit muka manusia yang terdedah diperlukan bagi pengkelasan setiap pelanggan. Terdapat 3 objektif pembinaan sistem pengesanan kulit muka ini. Pertamanya ialah mengesan kehadiran pelanggan. Kedua, mengesan bahagian kepala pelanggan yang berdiri secara normal. Ketiga, mengesan kulit muka pelanggan yang terdedah dan mengkelaskannya kepada 5 kumpulan. Kehadiran pelanggan dikesan melalui kaedah penolakan latar belakang (Background Subtraction, BS). Kaedah ini memerlukan dua imej iaitu imej rujukan dan imej semasa bagi memisahkan piksel latar hadapan (Foreground, FG) daripada piksel latar belakang (Background, BG). Kaedah morfologi turut digunakan bagi meningkatkan kualiti imej binari objek. Pengesanan kawasan kepala pelanggan dilakukan dengan menggunakan kaedah penjelmaan Hough bulatan (Circle Hough Transform, CHT). Kaedah ini melakukan pemetaan templet bulatan pada setiap piksel garisan sempadan objek dan menghasilkan matrik CHT yang mengandungi koordinat dan jejari bagi 10 bulatan terbaik. Seterusnya, pemilihan satu bulatan bagi kepala dilakukan berpandukan Ymin didalam matrik CHT berkenaan. Pengesanan kawasan kulit dilakukan menggunakan kaedah baru dan berkesan dikenali sebagai kulit kelabu (Gray Skin, GS). Ia dapat mengesan kepelbagaian ton kulit manusia seperti kulit cerah (KC), kulit sawo matang (KS), dan kulit gelap (KG) dengan memaparkan imej kontras diantara kulit dan bukan kulit dalam skala kelabu. Imej kontras ini terhasil melalui pendaraban pekali GS pada setiap komponen imej (RC×R+GC×G+BC×B). Tiga pekali GS yang digunakan ialah; pekali komponen merah (Red Coefficient, RC), pekali komponen hijau (Green Coefficient, GC), pekali komponen biru (Blue Coefficient, BC). Analisis yang dijalankan telah menemui nilai pekali GS bagi setiap kumpulan kulit dan memilih satu pekali GS tunggal yang sesuai bagi semua ton kulit. Nilai pekali GS tunggal yang dipilih ialah Rc = 1.00, Gc = 0.50, Bc = 0.50. Pemisahan kawasan kulit dan bukan kulit pada imej kontras dilakukan dengan penetapan julat nilai ambang (nilai ambang rendah, ThR dan nilai ambang tinggi, ThT). Analisis yang dijalankan telah menemui julat nilai ambang bagi setiap kumpulan kulit dan memilih satu julat yang sesuai bagi semua ton kulit. Julat nilai ambang tunggal ini ialah; ThR = 18, dan ThT = 113. Pengkelasan pelanggan kepada 5 kumpulan dilakukan berpandukan julat peratusan piksel kulit (PPK) pada kawasan kepala pelanggan. Julat PPK dikelaskan kepada 100-41, 40-31, 30-21, 20-11, dan 10-0 yang merupakan julat bagi kumpulan KA, KB, KC, KD, dan KE. Pengujian keberkesanan kaedah GS bagi mengesan kepelbagaian kulit dilakukan dengan mengira purata peratusan set (PPS) yang mencatatkan nilai 92.8%. Secara keseluruhannya, keupayaan sistem pengesanan kulit muka terdedah dinilai dengan menggunakan kaedah kepekaan (sensitivity) dan kekhususan (specificity) terhadap 27 set imej yang berbeza. Keputusan menunjukan purata sensitivity mencapai 89% manakala purata specificity mencapai 97%. Kesimpulannya, gabungan kaedah yang digunakan berjaya mengkelaskan pelanggan kepada beberapa kumpulan bergantung kepada kulit muka yang terdedah.,Sarjana Sains
Pages: 178
Call Number: TA168.Z843 2014 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75196+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.4 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.