Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457580
Title: Pengoptimuman penghasilan biohidrogen oleh Enterobacter cloacae KBH3 pencilan tempatan
Authors: Irina Harun (P53339)
Supervisor: Jamaliah Md Jahim, Prof. Madya Dr.
Keywords: Biohidrogen
Enterobacter cloacae
Hydrogen -- Biotechnology
Issue Date: 25-Jan-2013
Description: Biohidrogen adalah salah satu sumber tenaga alternatif yang berpotensi tinggi apabila kaedah fermentasi membolehkan sisa-sisa tanaman atau industri yang murah dan mudah didapati, boleh digunakan sebagai bahan mentah. Bakteria Enterobacter cloacae dibuktikan mampu mencapai kadar penghasilan hidrogen yang tinggi dan telah dipencilkan daripada pelbagai sumber seperti ekstrak daun dan saluran pencernaan serangga. Objektif kajian ini adalah untuk melakukan pencirian ke atas bakteria yang telah dipencilkan daripada anai-anai kelapa sawit dan menjalankan pengoptimuman proses penghasilan biohidrogen. Pencirian bakteria dengan menggunakan pendekatan molekul telah dijalankan bagi mengesahkan spesies bakteria penghasil hidrogen tersebut. Seterusnya, lima parameter keadaan pengkulturan iaitu suhu operasi, nilai pH awal, saiz dan umur inokulum serta kelajuan pengadukan kultur dikaji secara sesekumpul di dalam botol serum 30 ml. Dengan keadaan pengkulturan yang telah diketahui, pemilihan faktor bererti menggunakan rekabentuk faktor dilakukan dengan menyaring jenis medium, serta memilih sumber karbon dan nitrogen. Pengoptimuman faktor-faktor bererti tersebut kemudiannya dijalankan dengan menggunakan kaedah permukaan sambutan (RSM) untuk menghasilkan formulasi medium fermentasi yang baru. Seterusnya, kaedah RSM sekali lagi digunakan bagi mendapatkan kepekatan awal glukosa dan pH awal proses fermentasi bagi penghasilan hidrogen. Kajian ini dijalankan dalam kultur sesekumpul di dalam bioreaktor Biotron 2 liter. Analisis 16S rRNA telah mengesahkan pencilan bakteria tersebut sebagai bakteria E. cloacae dengan peratus persamaan sebanyak 98%. Bakteria ini adalah bakteria Gram negatif berbentuk rod pendek. Pada peringkat awal, keadaan pengkulturan paling sesuai adalah pada suhu 30°C, pH 7, saiz inokulum sebanyak 10 peratus pada usia inokulum 18 jam dan kelajuan pengadukan pada 200 rpm. Penyaringan jenis medium pula menunjukkan bahawa medium MYG menghasilkan isipadu hidrogen tertinggi pada kadar pertumbuhan spesifik maksimum bakteria sebanyak 0.093 j-1. Glukosa dan ekstrak malt pula didapati merupakan sumber karbon dan nitrogen yang terbaik. Daripada keputusan rekabentuk faktor, ekstrak malt dan ekstrak yis adalah faktor yang paling mempengaruhi pertumbuhan bakteria dan penghasilan hidrogen. Kepekatan ekstrak malt dan ekstrak yis optimum adalah pada 10.97 g/l dan 5.80 g/l, yang menghasilkan 1953 ml/l hidrogen dan berat kering biojisim sebanyak 1.01 g/l. Dengan kaedah RSM, kepekatan awal glukosa sebanyak 34.65 g/l dan nilai pH awal proses pada pH 6.88 memberikan penghasilan hidrogen sebanyak 8390.81 ml/l dan hasil hidrogen sebanyak 1.82 mol/mol glukosa. Hubungan ketara antara penghasilan hidrogen dengan asid formik yang terhasil semasa fermentasi menunjukkan asid formik diuraikan kepada hidrogen dan karbon dioksida. Akhir sekali, fermentasi oleh E. cloacae KBH3 juga diuji dengan menggunakan campuran efluen kilang kelapa sawit (POME) dan medium optimum yang telah menghasilkan sehingga 1113.5 ml/l hidrogen. Ini membuktikan keupayaan pencilan tempatan E. cloacae KBH3 sebagai bakteria penghasil hidrogen yang berpotensi tinggi kerana kadar penghasilan hidrogen yang tinggi dapat dicapai dalam keadaan fermentasi yang optimum.,Master/Sarjana,Tesis in i tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah""
Pages: 140
Call Number: TP245.H9.I736 2013 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74724+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
327.87 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.