Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457579
Title: Pembangunan pelantar rekabentuk optik maya dan penyepaduan rangkaian
Authors: Ainon Najahah binti Abdul Aziz (P59417)
Supervisor: Mohd Syuhaimi Ab-Rahman, Prof
Keywords: Pelantar
Rekabentuk optik maya
Rangkaian
Optical fiber communication
Issue Date: 3-Oct-2013
Description: Dalam perkembangan sistem komunikasi gentian optik, prestasi sesebuah peranti optik adalah penting dalam menentukan prestasi rangkaian komunikasi optik. Prestasi peranti optik yang rendah setelah difabrikasi berlaku akibat kesilapan semasa proses rekabentuk komponen peranti optik. Peranti optik dengan kehilangan yang banyak boleh mengurangkan kualiti isyarat optik yang sampai kepada pengguna. Oleh itu, sebelum proses fabrikasi dijalankan, komponen optik perlu direkabentuk dahulu dan disimulasi untuk menguji kesesuaian dan prestasi komponen peranti tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan sebuah Pelantar Rekabentuk Optik Maya (PROM) untuk merekabentuk peranti optik dan menyepadukan ke dalam rangkaian optik. Dengan ini, analisis penuh peranti optik dapat dijalankan daripada lapisan peranti sehingga ke rangkaian. Selain itu, nilai optimum parameter rekabentuk komponen seperti pandu gelombang juga dikaji menggunakan PROM. PROM dibangunkan menggunakan beberapa perisian yang terdiri daripada lapisan peranti dan rangkaian. Bagi menguji kebolehan PROM, beberapa peranti optik akan direkabentuk menggunakan nilai parameter yang optimum yang telah dikaji. Dengan menggunakan komponen pandu gelombang, Pencerai Optik Pelbagai Nisbah (MROS) dan Pencerai Optik 2x3 dibangunkan. Seterusnya sebuah litar optoelektronik direkabentuk untuk menghasilkan pemancar diod laser dengan memanipulasi suhu operasi laser tersebut. Akhirnya, sebuah rangkaian optik dibina sebagai tapak pengujian supaya semua rekabentuk peranti optik dapat disepadukan dan diuji pada lapisan rangkaian. Daripada hasil kajian terhadap pandu gelombang, nilai optimum beza indeks biasan, diameter, kekasaran dinding dan sudut capahan pandu gelombang diperoleh. Bagi diod laser pula, litar optoelektronik dibina dengan suhu optimum 30 °C untuk menghasilkan isyarat optik yang berkualiti tinggi. Hasil simulasi daripada lapisan peranti turut dinilai bersama hasil simulasi pada lapisan rangkaian untuk melihat kesesuaian rekabentuk peranti pada lapisan berlainan. Korelasi antara kuasa keluaran pada lapisan peranti dan rangkaian adalah linear dimana pola perubahan kuasa keluaran untuk setiap parameter adalah hampir sama dengan sisihan puratayang sedikit dalam julat 0.061~0.063. Pencerai yang dibangunkan, MROS telah meningkatkan jarak capaian pengguna lebih jauh berbanding pencerai optik biasa iaitu sejauh 96 km dengan kehilangan masukan 0.0436 dB. Kesimpulannya, PROM membolehkan nilai optimum bagi setiap parameter rekabentuk dikaji dan mengelakkan kehilangan setelah peranti difabrikasi seterusnya membantu dalam pembangunan dan kajian terhadap peranti dan rangkaian optik.,Master/Sarjana
Pages: 130
Call Number: TK5103.592.F52.A386 2013 3
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74681+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.6 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.