Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457578
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNangkula Utaberta, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorAisyah Nur Handryant (P 60097)-
dc.date.accessioned2023-09-12T09:11:10Z-
dc.date.available2023-09-12T09:11:10Z-
dc.date.issued2013-08-27-
dc.identifier.otherukmvital:74675-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457578-
dc.descriptionDalam perkembangan seni bina, terdapat dua perwatakan seni bina yang lazimnya dizahirkan iaitu ‘artifak makna’ dan ‘jentera’. Perwatakan artifak makna mengandungi kekayaan amanat sebagai citra hidup serta berkemampuan menjadikan seni bina sebagai sarana pembahasaan bagi sekitarnya. Dengan cara tersebut, seni bina dapat difahami sebagai kiasan kepada bahasa; sebagai kod yang boleh digunakan untuk membahasakan niat penaung kepada pengguna. Zaman Seni Bina Pascamoden secara amnya dikenali telah mengetengahkan pendekatan pembahasaan seni bina yang membuat wujud zahir ‘bentuk’ dan ‘ruang’ boleh dibaca sebagai tanda atau lambang daripada penaung yang dapat diiktiraf dan ditafsirkan oleh pengguna. Binaan Masjid sebagai seni bina artifak makna memerlukan kaedah pembahasaan bagi menyampaikan amanat-amanat kerohanian kepada masyarakat secara berkesan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pemikiran pascamoden khasnya dalam pembahasaan seni bina, mencerakinkan objek Seni Bina Pascamoden dalam pembahagian sistem pembahasaan seni bina, dan seterusnya mengenalpasti bahasa seni bina masjid semasa di Malaysia. Kajian ini berbentuk qualitative-descriptive dengan kaedah berupa cerakin kandungan dan kajian kes. Cerakin kandungan dilakukan ke atas penulisan-penulisan berkaitan pembahasaan seni bina, Seni Bina Masjid, Seni Bina Moden dan Seni Bina Pascamoden. Manakala kajian kes dilakukan ke atas enam buah binaan masjid semasa Malaysia iaitu Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan, Masjid Negeri Sembilan, Masjid Al-Azim dan Masjid An-Nur Tuaran Sabah. Kajian ini mendapati tiga penemuan; pertama, Seni Bina Pascamoden lahir sebagai tindak balas Seni Bina Moden, mengandungi tiga nilai utama iaitu nilai pembahasaan, nilai hubungkait dan nilai penghargaan sejarah serta melahirkan beberapa teori reka bentuk iaitu teori Kod Ganda (Double Coding) Charles Jencks, teori Penyatuan Menyeluruh (Both-And) Robert Venturi, teori Persembahan Cerekaan (Fictional Representation) Heinrich Klotz, teori Kiasan (Figurative) Michael Graves, dan teori Timbal Balik (Symbiosis) oleh Kisho Kurokawa; kedua, pendekatan pembahasaan Seni Bina Pascamoden terbahagi ke atas empat iaitu pembahasaan Kebangkitan Semula Warisan (Revivalism Legacy), Kiasan Amanat (Metaphorical Mandate), Penyesuaian Kewilayahan (Regionalism Adaptive) dan Penafsiran Menyeluruh (Radical Interpretation); ketiga, dari keenam-enam sasaran penilaian kajian didapati tiga buah masjid menggunakan pembahasaan Kebangkitan Semula Warisan (Revivalism Legacy), iaitu Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan, dan Masjid Al Azim, sementara tiga buah masjid lainnya menggunakan pembahasan Kiasan Amanat (Metaphorical Mandate) iaitu Masjid Negara, Masjid Negeri Sembilan dan Masjid An-Nur Tuaran. Masjid Negara dan Masjid Tuanku Mizan didapati pula menggunakan pembahasaan Penyesuaian Kewilayahan (Regionalism Adaptive).,Master/Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSeni bina-
dc.subjectMasjid-
dc.subjectMalaysia-
dc.subjectSeni bina pascamoden-
dc.subjectMosques -- Malaysia-
dc.titlePembahasaan seni bina masjid semasa di Malaysia menggunakan pendekatan bahasa seni bina pascamoden-
dc.typetheses-
dc.format.pages256-
dc.identifier.callnoNA4670.A387 2013 3-
dc.identifier.barcode000843-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74675+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
8.4 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.