Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457576
Title: Kesan parameter pejaman elektrik ke atas morfologi dan sifat mekanik gentian bersaiz nano melalui kaedah sambutan permukaan
Authors: Siti Saniah binti Ab Karim (P55854)
Supervisor: Abu Bakar Bin Sulong, Prof. Madya Dr.
Keywords: Parameter
Pejaman elektrik
Morfologi
Sifat mekanik gentian
Nano
Polymeric composites
Issue Date: 22-Aug-2013
Description: Penghasilan gentian polimer melalui kaedah pejaman elektrik menjadi salah satu kaedah yang amat berpotensi bagi penghasilan gentian bersaiz nano melalui pengeluaran pukal pada kos pembuatan rendah berbanding proses penarikan, pejaman leburan dan penyemburan. Justeru itu, objektif kajian ini adalah menyelidik kesan parameter pejaman elektrik ke atas morfologi (diameter dan penjajaran gentian) dan sifat mekanik (kekuatan tegangan) gentian terpejam, serta mengoptimum kesan parameter proses bagi penghasilan gentian terpejam yang berdiameter kecil, orientasi yang sejajar dan mempunyai ciri mekanikal yang tinggi menerusi kaedah rekabentuk ujikaji (DOE). Bahan suapan adalah polimetil metakrilat (PMMA) terlarut dalam dimetilformamida (DMF). Kesan parameter proses, (jurang pengumpul, bekalan voltan arus terus, kadar aliran, halaju putaran pengumpul, dan kepekatan polimer) ke atas morfologi dan sifat mekanik telah dikaji berdasarkan Kaedah Sambutan Permukaan (RSM) L46 melalui sistem pejaman yang telah dibina sendiri. Diameter dan penjajaran gentian ditentukan dari morfologi melalui mikroskop imbasan elektron (SEM). Kekuatan tegangan gentian diukur menggunakan Mesin Tegangan Semesta. Menerusi analisa keputusan Box-Behnken, pengurangan kadar kepekatan larutan dan pengurangan kadar pam larutan adalah faktor penting bagi mengecilkan diameter gentian. Purata diameter gentian yang terhasil adalah ~690± nm. Halaju putaran pengumpul dan jarak pengumpulan adalah faktor utama yang menentukan penjajaran gentian. Secara teori, meningkatkan jurang pengumpul mendorong terikan semasa pejaman elektrik, yang mampu mengurangkan diameter gentian. Peningkatan halaju pengumpul mendorong tegangan gentian semasa pejaman, justeru mampu menjajarkan gentian kepada arah putaran pengumpul. Lebih daripada 90% gentian didapati sejajar iaitu berada antara -10o dan 10o berdasarkan arah paksi putaran pengumpul. Gentian berdiameter ~720 nm dan penjajaran pada ~90% dengan nilai tegangan muktamad 1.4 MPa didapati pada jarak (10 cm), voltan (10 kV), kadar aliran (5 ml/jam), halaju putaran pengumpul (1800 rpm) dan kepekatan larutan (10 wt%). Kepekatan larutan polimer dan bekalan Voltan adalah dua faktor utama yang menentukan kekuatan tegangan gentian. Semakin pekat larutan polimer, menyebabkan semakin tinggi daya anjal gentian. Dapat dirumuskan bahawa pengoptimuman parameter proses pejaman telah berjaya dijalankan. Hasil secara penelitian menunjukkan halaju putaran pengumpul telah dapat mengimpak secara signifikan ke atas morfologi dan sifat mekanik gentian. Hasil kajian ini berpotensi untuk digunakan dalam bidang perubatan sebagai perancah tisu bagi pembiakan sel, di mana pengawalan penjajaran dan diameter gentian terpejam dapat menentukan sifat sel tisu.,Master/Sarjana
Pages: 128
Call Number: TA418.9.C6.S587 2013 3
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74671+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
9.48 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.