Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457573
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Syuhaimi Ab-Rahman, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Hadi Guna (P46092) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-12T09:11:07Z | - |
dc.date.available | 2023-09-12T09:11:07Z | - |
dc.date.issued | 2011-06-30 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:74588 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457573 | - |
dc.description | Untuk bahagian pertama, kajian yang dijalankan menumpukan pemerhatian ke atas eksperimen untuk mengkaji satu penyelesaian yang mudah bagi kaedah penceraian kuasa berkos rendah bagi gentian optik polimer (POF) berteras besar. Komponen pencerai optik 1 × N yang diperbuat menggunakan kemahiran tangan telah dibangunkan, yang mana N mewakili jumlah saluran keluaran yang membolehkan ia mengagihkan kuasa penghantaran menerusi kesemua pangkalan secara seragam. Pencerai berasaskan POF ini merangkumi gentian optik terberkas, yang seterusnya dipintal pada bahagian tengah gentian dan secara tidak langsung gentian dilindungi dengan tiub besi dan didedahkan kepada nyalaan api. Teknik pelakuran ini akan menghasilkan kawasan yang terlakur pada bahagian tengahnya yang mana saiznya adalah menghampiri garis pusat teras untuk satu gentian tunggal, iaitu berukuran 1 mm. Manakala untuk kajian kedua, sistem WDM-POF dengan jayanya telah diterapkan dalam beberapa aplikasi seperti, sistem keselamatan di dalam rumah serta penyelesaian bagi aplikasi penghantaran rangkaian hiburan di dalam kenderaan, ianya merupakan hasil integrasi rangkaian POF bersama-sama dengan sistem terbenam yang amat ringkas dan murah. Warna pada diod pemancar cahaya (LED) yang berlainan yang dihasilkan di bahagian pemancar mewakili sistem rangkaian yang berbeza-beza –contohnya rangkaian LAN, rangkaian penghantaran video, rangkaian siaran– yang mana ianya mempunyai panjang gelombang yang berbeza-beza pula bagi penghantaran isyarat optik ke atas sistem WDM-POF tersebut. Penapis warna lutsinar yang ditempatkan pada bahagian selepas pencerai optik, digunakan bagi memastikan sistem WDM-POF, mampu mengasingkan warna yang dikehendaki sahaja untuk dapat melaluinya, dan seterusnya diproses di bahagian penerima. Beberapa parameter bagi prestasi pencerai buatan tangan pada sistem WDM-POF, seperti nisbah isyarat-ke-hingar optik (OSNR), kehilangan sisipan, kuasa keluaran dan cakap-silang saluran telah pun diukur. Pencirian pencerai telah pun dianalisis menggunakan suntikan LED berwarna merah, hijau dan biru menerusi pencerai optik. Analisa akhir menunjukkan purata kecekapan pencerai adalah kurang dari 80%, dengan kehilangan sisipan kurang daripada 8 dB dan keseragaman atau kehomogenan tidak melebihi 3 dB antara saluran keluaran yang satu dengan yang lainnya. Ianya didapati bahawa beberapa variasi amat mempengaruhi kecekapan sistem WDM-POF seperti, jarak antara sistem pemancar dan penerima, warna LED yang digunakan pada pemancar, penapis warna yang dipasangkan, jarak penapis dan pencerai, jarak penapis dan penerima dan jumlah saluran keluaran. Proses pembikinan pencerai buatan tangan dan sistem WDM-POF ini adalah sangat ringkas, mudah, berkos rendah dan amat sesuai untuk aplikasi komunikasi jarak dekat dalam julat 100 m – 300 m.,Master/Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Sistem pemultipleksan | - |
dc.subject | Gentian optik polimer (WDM-POF) | - |
dc.subject | Komunikasi | - |
dc.subject | Wavelength division multiplexing | - |
dc.title | Sistem pemultipleksan pembahagian panjang gelombang berasaskan gentian optik polimer (WDM-POF) bagi kegunaan aplikasi komunikasi jarak dekat | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 233 | - |
dc.identifier.callno | TK5103.592.W38.H336 2011 3 | - |
dc.identifier.barcode | 000741 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74588+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 7.2 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.